Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Broke up. Maybe?


Assalamualaikum! Jam menunjukkan pukul 5.11am 30.12.2012. Bosan overnight kejap dengan oyin and faqa kat cc. Diaorang semua main game. Aku macam takde mood nak main game. Btw, entry kali ni nak cerita pasal relation aku yang sedang #$$#%^#$^%$&!!! Yeahh. Serabut. Hm. Cerita dia macam ni. Gf aku, si ilaa ni pergi holiday dengan family dia kat indonesia. Dia pergi 25.12.2012 haritu. Before tu, aku risau jugak sebab dia kata dia nak pergi dalam seminggu gitu. Aku just risau tak dapat contact dia je. Ilaa pon cakap lah "nanti i sampai indon i terus cari simcard indon bagai". Aku pun iye kan jelah. Ok. Tiba la hari dia nak gerak indon dia contact and janji nak call and contact aku selalu. Aku pun just iya kan jelah. Bila dia sampai je indon, aku tunggu punyalah tunggu takde pon contact. Then malam tu pukul 1 before aku nak tidur dia baru contact. Aku pun buat2 tacing la sebab dia tinggalkan aku seharian. Yelah, bengang kot. Takkan lah cari simcard tak jumpa. Apa guna ada Tour Guide kau tu. Esoknya berjalan seperti biasa just dia contact aku pagi dan malam before aku nak tidur. Tu pun aku boleh kira berapa kali dia contact. Yelah busykan holiday :") Esoknya aku still tunggu call dari dia. Tapi takde jugak. Sokeylah, maybe dia busy kot spend time dengan family. Tiba-tiba, hati aku tergerak nak online account twitter si ilaa ni. Bila aku scroll interaction dia, aku ternampak sekor mamat indon ni tweet ilaa "ini ka twitter ny?". Aku pun jadi curious. Then aku pun try lah usha twitter mat indon tu. Ya Allah, hati aku terus kecut bila baca tweet mat indon tu. Mat indon tu actually Tour Guide diaorang. Aku baca tweet dia semua pasal ilaa. WTF! How dare. Aku tahan je nangis masa tu sebab ada member aku kat rumah. And aku berlagak buat-buat takde pape. Dalam hati tak tahu pulak dah melalak. Hm. (Click gambar kalau nak tengok!



Add caption
Scroll punyalah scroll aku baca ya Allah, siap saling mimpi-mimpi lagi kan diorang. Tipulah kalau tak fikir lain. Automatik lah aku fikir mesti diorang ada something wrong somewhere yang aku tak tahu. Yelah dia jauh, manalah aku tahu dia buat apa kat sana. Hm.


Yang ni lagilah aku tak boleh blahh. Dua-dua tweet benda yang sama pasal "Long distance relation. Menyirap je aku time baca ni. Haihhh. Yang ni mat indon tu update:


Yang ni pulak ilaa update:


SEE? SO SWEET KAN MEREKA INI BUKAN :D


SO SWEET!


SEDANG DILAMUN CINTA!


SI MAT INDON NI GEMBIRA BILA TAHU KITAORANG HURU HARA! SHIT!


BILA DAH ANGAU MACAM NI LAH PERANGAI BABI NI!

EH DAH LAH. AKU SAKIT HATI NAK UPDATE PASAL NI! SERIOUS AKU TAK KUAT. BANYAK LAGI AKU NAK CERITA. TAPI BILA OYIN YANG TGH ADA KAT SEBELAH AKU NASIHAT AKU, AKU RASA DOWN. SO SAMPAI SINI JELAH ENTRY KALI. AKU TANAK SAKIT HATI LAGI!


NI LAH JANTAN DAN BETINA TAK TAHU MALU. DUA DUA GATAL SENANG CERITA. DAH AKU TAK SANGGUP NAK UPDATE. TAK BOLEH NK TYPE DAH. TANGAN GIGIL GILA BABI.

YANG KORANG TU TAK TAHU CERITA JANGAN JUDGE TANPA TAHU PANGKAL CERITA. BIARLAH KEBENARAN DITEGAKKAN. KORANG TAKDE HAK NAK JUDGE AKU OR ILAA. APA PUN SEMOGA DIAORANG KEKAL DAN STAY SWEET.

DIA ADA BAGI KAU GELANG KAN? SEBAB TU AKU BAKAR GELANG KITA. SEBAB KAT TANGAN KAU DAH ADA DUA GELANG IAITU PEMBERIAAN DIA DAN AKU. AKU TANAK BERKONGSI CINTA. AKU LELAKI PUN ADA PERASAAN. KAU BANYAK KALI GAME AKU WEYH. DAH TAK TERKIRA. KAU DAH JANJI SUMPAH BAGAI TANAK CURANG LAGI, LAST2 NI KAU BAGI. AKU DAH GIVE UP DAH DENGAN KAU. KAU DA BANYAK SAKITKAN HATI AKU. AKU TAKKAN MINTAK BREAK KALAU TAKDE SEBAB. ORANG BONGOK JE MINTAK BREAK TANPA SEBAB. SO YANG MENYIBUK PASAL RELAY AKU TU BUAT-BUATLAH BLAHHHH CEPAT-CEPAT. K LAH, MALAS NAK CITE BANYAK. AKU SAKIT HATI DAH.

SORRY TAK DAPAT NAK UPDATE PANJANG-PANJANG. TAK LARAT NAK INGAT AND NAK TAHAN PERIT BILA NAK BUAT ENTRY NI. HOPE SEMUA FAHAM.

KBYE. ASSALAMUALAIKUM!

p/s: CAPLOCKS ROSAK
Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Happy 8th Monthsary



Tepat pukul 12.00am 6.12.2012 aku dan ilaa telah pun genap bersama selama lapan bulan. Bagi aku, bukan senang nak ada relation yang kekal lama. Banyak dugaan dan perit yang perlu dilalui. Seumur hidup aku tak pernah couple lama macam ni. Paling lama pun 4 bulan. Tu pun macam pfttttttt -,- Aku bersyukur dapat kekal sehingga kini walaupun sukar. Aku tahu ada diantara orang kat luar sana dengki dan sakit hati sangat dengan relation aku ni. Aku tak pernah pun kacau korang. So korang janganlah nak sakai mengacau relation aku. Kalau nak mengata ataupun mengacau lantak koranglah. Yang penting korang bahagia. Aku tak rugi apa-apa pun. Nak bawak mulut pasal aku or ilaa bawaklah sampai lebam, bengkak dan sebagainya. Ada aku kisah? Dah lah. Lupakan pasal haters! Aku harap relation aku ni akan terus kekal sampai ke jinjang pelamin. Insyaallah. Sama-samalah doakan kami. Yang tanak doa tu mungkin belum mandi wajib. Lol -,- Apa pun, Happy 8th Monthsary for us. Iloveyousomuch Ilaa Nabila. Never hate never, never leave never, always love you. Never jerit never! 

Thanks for reading!
Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Perkenalan Aku dan Dia

Assalamualaikum semua! Tak jawab dosa, jawab dapat pahala, diam bisu. Lol. Lama gila tak update blog ni kan. Dah berhabuk dah agaknya blog ni kot. Nasib baik bunga ros aku tu tak layu. Haha. Sejak aktif bertwitter sekarang ni blog aku pun tak terjaga. Ramai tanya aku asal lama tak update blog. Sebenarnya bukan tanak update, tapi memang tanak pun. Busy sangat dengan kerjaya papan selaju aku ni ha. Haha. Okay. Entry kali ini nak cerita pasal jalan cerita tentang perkenalan aku dengan ilaa. Cerita dia macam ni. Haaa. Macam tu lah. Faham tak? Tak faham jugak? Susahlah korang ni. Pergi masuk sekolah tadika balik sana! Haihhh. *gurau je* haha.

Pada tarikh 24.2.2012 ni lah aku dengan ilaa. Actually masa ni aku dah ada crush aku sendiri. Nama dia ****** ******. Tapi masa ni aku dengan crush aku tu baru dalam proses mengenal hati budi masing-masing. Pada satu hari ni, si Nazihah Nasir si budak handsome tu IM aku kat facebook then dia bagi link profile facebook someone ni. Then aku pun try lah bukak link tu. Bila dah bukak je profile tu rupa-rupanya facebook si ilaa ni. Aku pun try lah usha seketul-seketul gambar si ilaa ni. Usha punyalah usha aku pun cakap dalam hati "boleh tahan jugak minah ketot ni". Rupa-rupanya aku dengan dia memang dah lama friend. Tapi tak pernah tegur mungkin. Mungkin dia sombong aku aku yang terlalu sibuk melayan gadis-gadisku. Hahaha. Gurau je. Si Nazihah ni pun apa lagi, paksa aku suruh ayat dia. Aku dengan rasa berdebar aku pun try lah IM dia. Aku tak tahu kenapa perasaan aku lain sangat bila nak IM dia. Biasanya aku IM perempuan lain relax je macam takde pape. Dengan dia je rasa sesuatu yang sangat "weird". Aku pun mulakan conversation "hi ilaa". Tak sempat aku nak tarik nafas dia dah reply balik, "hi asyeeq". Nasib baik tak sesak nafas. Aku pun chat dengan dia dengan rasa yang sangat "awkward". Masa tengah chat dengan dia dalam hati aku cakap "ingat sombong minah ni, rupanya senang je nak ayat". Haha. Then kitaorang pun chat lah sampailah si ilaa ni tak reply sebab dah off. Okay, 25.2.2012 keesokan harinya, aku online facebook dan aku ternampak si ilaa ni online. Aku pun tegurlah dia, "hi ilaa" dan dia pun reply dan seterusnya...... Then macam biasa dia main offline macam tu je. Aku pun rasa benganglah. Masa aku nak offlien facebook, aku pun try lah mencuba nasib. Aku dropped number phone aku kat inbox ilaa dengan harapan yang setinggi kanak-kanak 5 tahun yang berada di puncak Gunung Everest. Eh? Tinggi lah tu kan? Cakap jelah ya korang ni pun. Tak lawak eh? Hmm memanglah tak lawak sebab ni lawak Amir "I'm sorry" bukan lawak Jep Sepah. Lol -..- Esok harinya, 26.2.2012 malam tu tiba-tiba phone aku menjerit menandakan mesej masuk. Guess what? Yang text aku tu lah Ilaa Nabila. OMGGGGGGGGGG aku happy gila dia text wish goodnight. Alolo terharu dan tergaru garu rasanya masa tu dan bukan masa three -..- Esoknya, 2.3.2012 kitaorang dah mula texting selalu. Tengahhari masa lepas tunaikan solat Jumaat aku terus online facebook. Then si Nazihah ni ajak aku skype group dengan ilaa sekali. Aku dengan pakai selekeh pun buatlah muka paling "comel" masa tengah skype tu. Hahaha (korang cepat buat macam ni --> tangan letak kat bahu, mata tengok atas pastu keluarkan lidah sikit) haha. Masa tengah syok-syok skype tiba-tiba laptop gua masuk air sabun pulak. Bulldog!! Aku pun tension je masa tu sebab skype tak sampai berapa minit pun. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm :'( Lepas je tension sebab laptop masuk air sabun aku sempat bagitahu kat ilaa yang malam ni aku pergi KL sebab nak lepak dengan member-member aku kat KL. Malam tu aku sampai KL. 3.3.2012, Sabtu. Macam biasalah aku jadi budak pavi kejap -..- Si ilaa ajak aku tengok movie cerita "The Devil Inside" tapi tak jadi sebab dia ada hal dengan mak dia. Melepas aku. Baru ingat nak bajet-bajet aku ada awek baru depan member-member aku. Hahaha. Tapi takpelah. Belum ada jodoh lagi nak berjumpa barangkali dan bukan barang terpakai. Haha.

Masa ni belum pernah jumpa. So berangan jelah nak ada gambar together-gether :p
Pada tarikh aku tak ingat bila, aku telah pun couple dengan crush aku tu sebab aku dah janji dengan dia terlebih dahulu. Then, ilaa dapat tahu yang aku ni da berpunya. Dia agak patah hati dan kecewa masa tu. Tapi dia kuat tahan kesedihan dia dengan berlakon seakan-akan takde apa-apa yang berlaku dan dia redha bila dapat tahu berita ni. Aku pun rasa serba salah seperti orang yang mengambil dadah rasa bersalah aku. Tapi aku tak ambik dadah pun. Sumpah!! HAHA, gelabah nenen pulak aku ni --'' Aku ingat dia akan maki-maki or whatelse, rupa-rupanya dia support aku and gf aku supaya terus kekal and bahagia. Aku rasa diri aku tak guna langsung masa tu sebab aku sayang gf aku and dalam masa yang sama aku sayangkan ilaa jugak. Bukan senang nak buat pilihan. Aku memang dalam delima sangat. Sebab before aku couple dengan gf aku ni aku dah single selama 7 bulan. Lama tak? Tak lama lantak korang lah. *joke* Then aku pun go on je dengan gf aku and aku nak tengok sejauh mana ikhlas dan setianya gf aku ni. And for your information, before ni memang aku mengaku aku ni player tapi aku dah berazam mulai sekarang aku nak jadi setia dan tanak mainkan perasaan perempuan lagi. 1.4.2012 tarikh aku break dengan gf aku tu. Tak sampai sebulan kot aku couple dengan gf aku ni, kitaorang break. Sebabnya gf aku ni cuba nak mainkan perasaan aku and dia tak ikhlas couple dengan aku. And guess what? Ilaa still support aku supaya aku jangan break dengan gf aku tu. Aku ingat ilaa akan jadi batu api suruh aku break. Tapi sebaliknya. Aku tetap dengan keputusan aku tanak go on dengan gf aku tu and gf aku pun tak tunjukkan respon untuk get back. Then lepas break tu, ex gf aku tu cuba nak jealouskan aku dengan update status kat facebook and twitter pasal lelaki baru dia. And ternyata memang dia curang dengan aku before ni tanpa pengetahuan aku. Aku punyalah sakit hati gila oinkkk oinkkk masa tu!! Aku pun apa lagi. Aku terus update status kat facebook siap mentioned nama ilaa lagi and kitaorang tweet sweet-sweet kat timeline kasi ex gf aku tu panas!! Hahaha. Ilaa pun masa tu dah berani nak tunjuk kat orang yang dia ada hati kat aku. Hehe :p K la malas nak cerita pasal dia lebih-lebih. Mencik-mencik!! haha *gedik >,<

Kami cacat. Kami juling,. 1,2,3,4 iloveyou.
6.4.2012: Lepas tunaikan solat Jumaat, aku lepak kejap rumah member aku kat belakang rumah ni. Punyalah tepu duduk rumah member aku ni sekor-sekor sebab semua keluar masa tu. Keluar tak ajak aku. Mencik!! Korang ingat korang dapat masuk rumah kejap lagi? Hahaha berlagak macam ni rumah aku je kan. lol. Kitaorang pun text and manja-manja gedik-gedik bagai. Then kitaorang pon otp. Then masa otp tu aku cuba beranikan diri untuk menyatakan hasrat dihati ini. Nak tahu tak apa hasrat dihati aku masa tu? Kalau nak tahu meh lah masuk dalam hati aku. Tapi dengan satu syaratlah. Syaratnya kena sepak dan terajang dengan ilaa lah jawabnya sebab ilaa dan family aku je ada kat dalam hati aku. Haha. Then, tepat pukul 5.24pm, aku melamar ilaa untuk dijadikan gf dengan rasa confident dan "awkward". You know what, ilaa accept aku dengan sekali lafaz je. Eh? Dah macam orang nikah pulak dah --'' Mulai haritu kitaorang dah jadi couple. Then buatlah relationship kat facebook dan twitter bagai bagai bagai bagai.

Inilah baju masa kitaorang "tunang". Lol xD
6.5.2012: 1st Monthsary aku dengan ilaa. Tapi kitaorang tak dapat celebrate sama sebab masatu aku tengah final exam. So kitaorang celebrate kat phone jelah texting and otp. Ilaa buatkan aku gambar special untuk aku as our 1th Monthsary.

Nilah gambar dan special gift from her.


9.5.2012: Final exam aku pun dah habis. Then 11.5.2012 petang tu aku terus gerak KL dengan menaiki gajah yang diberi nama Nik Xiao. Hehe. Gurau je. Aku gerak KL dengan Nik Xiao je berdua naik bas. Bas berat sebelah sebab aku berat sangat. Eh salah Nik yang berat :p Nik gerak KL sebab dia nak jumpa kawan dia iaitu Barbara Qysha iaitu merupakan janda aku jugak --'' Ok tutup pasal janda aku tu. Sampai je perhentian bas Pudu, aku dengan Nik naik LRT pergi BB. Tunggu ilaa and her cousin pick up aku. Nik biar dia sekor-sekor kat BB. Haha. Then ilaa  text aku suruh tunggu dekat Maybank BB. Aku pun tunggulah sambil berehat sebentar bersama Winston Merah. Perghhhhh!! Feeling bhaii. Tiba-tiba...... Takde pape pun yang berlaku. Haha. Aku pun tunggu punyalah tunggu sambil pasang earphone kat telinga dan dengar lagu sekor-sekor. 5 minit kemudian, ilaa text aku dia kata dia dah nak sampai. Jantung aku masa tu dupdapdupdap gila kot. Yelah, first time kot nak jumpa awek!! Hahaha. Then aku ternampak kereta yang dipandu oleh Emy, cousinnya ilaa. Aku pun dengan lagaknya seperti Hero Hindustambi pergi ke arah mereka yang ada dalam kereta. You know what, bila pertama kali aku tengok wajah ilaa secara live depam-depan aku rasa macam aku ni tengah bermimpi je. Tak sangka angan-angan kitaorang nak berjumpa akhirnya termakbul juga. Dalam kereta kitaorang tak berbual sangat sebab aku malu ada cousin dia. Aku berbual dengan ilaa melalui twitter je. Padahal sebelah-sebelah je pon, Pftt --'' Dalam perjalanan gi Genting aku tertidur dalam kereta. Sampai je Genting kitaorang berehat then pommmm tidur.

12.5.2012: Harini 1st date kitaorang kat Genting. (Yang ni aku dah cerita dah kat entry aku yang lama. Kalau yang belum baca tu boleh lah usha entry yang lama k).

1) Terasa dunia ni aku yang bila gf aku ada kat sebelah. 2) iloveyou.
Nampak tak masing-masing malu-malu lagi. Haha
Melayan cousin ilaa ni haa. Layan-layan.
Masa ni ilaa muntah sebab main pusig-pusing cawan ni. Padan muka :p
Alololo. Comel je masa ni dua-dua tengah tahan sejuk. Hehe
6.6.2012: Harini 2nd Monthsary kitaorang tapi tak sambut sebab masa ni aku kat jb.

ILOVEYOUFOUR <3
11.6.2012: Hari ni birthday ilaa yang ke-19. Dah tua rupanya budak kecik ni. Hehe. Masa ni kitaorang celebrate birthday and 2nd Monthsary untuk haritu sekali. Perut pun dah krookkk krokkkk, kitaorang "breakfast" kat Old Town and celebrate kat TS je dengan Capixx and Seri (dah jadi ex sekarang) :p. Sambil tunggu makanan sampai, kitaorang snap-snap gambar. Ilaa tengah syok main twitter kat phone, aku pun buat surprise. Aku bagi kad ucapan birthday kat ilaa. Ilaa diam je. Maybe tak jadi kot surprise aku. Haha. Ilaa pun bukak sampul surat tu dia baca then buat muka sedih+terharu. Alololo. Hehe. Lepas makan je aku dengan ilaa tengok Piranha 3DD. Lepas habis movie kitaorang gi kedai cincin. Kat cincin ilaa tulis nama "Acit" kat cincin aku tulis nama "Ilaa". Masa aku pakai tu ilaa pesan jangan tanggalkan cincin ni. Aku cakap "kalau nk berak macam mana?" ilaa cakap "pakai cincin tangan kanan kan -,-" Gurau je woi. Aku takkan tanggalkan cincin ni lah. Lepas tu jalan-jalan sambil pimpin tangan. Perut pun dah lapar. Aku dengan ilaa letak barang-barang masuk dalam kereta kejap. Masa kat kereta tu aku pun surprisekan ilaa. Aku bagi teddy bear. Ilaa terjkejut sebab dia ingat tu teddy bear si Seri tu. Ilaa terus peluk teddy bear tu. Ilaa cakap thanks sayang sambil peluk aku. Iloveyousayang. Ehem "Iloveyoumoresayang". Lepas bagi teddy bear aku bagi kad ucapan for our 2nd Monthsary  pulak kat ila. Aku suruh ila bukak. Tapi dia kata "nanti lah i bukak kat rumah nanti, baru surprise katanya". Pftt. Then petang sikit tu aku balik jb sebab esok ada class.

Tayang cincin baru ke bro dan sister? LOL xD
Sudikah awak menjadi kekasih saya? Ilaa: I do sayang. hehe  :D
Ni lah cincin kitaorang. Tak cantik pon. Tapi adalah jugak kan :D
13.6.2012: Harini hari yang paling teruk dan paling sakit hati sekali. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni. Aku nangis tak henti-henti bila dapat tahu perkara ni. Kalaulah aku tahu dari awal, aku mintak je dari mula-mula kita kenal. Tapi maybe masa tu Allah tanak tunjuk lagi kebenarannya. Aku nangis tak henti-henti sampai aku demam. Sejak tu aku tak pergi class banyak kali. Orang yang banyak tolong aku masa tu adalah Hasrullah a.k.a Botak Comel. Dia yang tolong chill kan aku and buat aku happy. Dia banyak tolong aku. Aku marah gila and kecewa gila dengan ilaa. Aku tak tegur dengan dia selama lebih kurang seminggu. Ilaa mintak maaf gila-gila kat aku dan janji tak buat lagi. And aku pun maafkan dia dan aku akan lebih berhati-hati lagi. Korang nak tahu kenapa kitaorang gaduh teruk masatu? Kalau nak tahu silalah bersila dan bertapa lah di sungai dan korang akan dapat jawapannya mungkin. Jangan percaya, Ini syirik!! Eh? Hahaha :D
Ni la Botak Comel. Dia la satu-satunya kawan yang faham aku even aku tak faham dia. Haha
6.7.2012: Harini cukup 3 bulan kitaorang couple.  Tapi kitaorang tak sambut sebab masa ni aku kat jb. Busy dengan class. Hmmm.

29.7.2012: Malam semalam tu ilaa ada text aku last minute dia ajak aku datang KL sebab nak ajak berbuka puasa sama-sama. Aku actually busy sangat masa tu and ada class. Tapi aku kesian punya pasal aku datang jugak and aku tanak kecewakan dia. Petang tu aku sampai TBS and ilaa dengan kawan dia, Wawa amek aku kat TBS. Then kitaorang terus gerak Sunway Pyramid sebab nak berbuka. Then sampai je Sunway ilaa jumpa BFF dia bagai. Then diorang kata semua tempat makan full. Kitaorang pun decide berbuka kat Shah Alam je. Sampai je Shah Alam kitaorang cari port nak berbuka. Then terjumpa seketul restoran ni. Kitaorang pon orderlah juadah masing-masing. Azan pun dah berkumandang tapi makanan tak sampai lagi. Aku buka dengan Dunhill yang tinggal sebatang je masa tu :'( 5 minit kemudian, makanan pun sampai. Kitaorang pon makan lah. Aku dengan ilaa gembira sangat masa tu sebab dapat berbuka sama-sama buat pertama kalinya. Lepas je makan kitaorang balik.

Selamat Berpuasa :D
6.8.2012: Harini our 4th Monthsary. Kitaorang sambut biasa-biasa je. Sambut kat TS. Then tengok movie cerita Mae Nak. Tak seram langsung. Then lepas tengok movie makan McD. Snap picture sama-sama. Masa ni Syikin and Nik Nazeef pun ada sekali join kitaorang. Then lepas makan semua kitaorang balik.

Hodoh :(
Hensem sikit dari yang atas ni. Lol xP
6.9.2012: Harini 5th Monthsary kitaorang. Pagi tu aku still tidur lagi. Masa tu Wan Freak ni tidur rumah aku. Aku dengan ilaa da deal nak celebrate bagai semua. Then pagi tu ilaa call tanya dah bangun belum. Aku pun cakap lah baru je bangun ni. Then dia pon kata dia baru bangun. Lima minit kemudian ilaa call lagi. Then dia suruh bukak pintu. Aku pun pelik la asal pulak. Ilaa pun kata ada postman datang. Aku pun pelik la buat apa postman nak datang rumah aku pagi-pagi ni. Mana entah si postman ni dapat alamat aku. Aku pun bukak lah pintu. Then tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara yang tak berapa nak sedap. Rupa-rupanya si ilaa rupanya. Aku pun peliklah sejak bila pulak si ilaa ni jadi postman. Then ilaa pon jerit "suprise!!!" Aku pon "ohh nak buat surprise rupanya" Haha loading kejap. Aku pon mandilah siap-siap. Then dia bagi aku satu paper bag yang berwarna maroon kilat-kilat. Haha. Ilaa suruh aku bukak, Then aku pon bukak. OMG, sayang bagi presentlah. Tak sangka. Biasa aku je yang bagi dia teddy bear bila Monthsary, Hehe:p sayang pun dah pandai nak sweet-sweet eh? Haha. Kitaorang pun celebrate berdua. Thenn..... bersambung.. xD

5TH MONTHSARY
5TH MONTSARY
Untunglah sayang dapat teddy bear besar. Grr
Nah kau hadiah 5th Monthsary.
6.10.2012: Harini genap kitaorang 6 bulan couple. Masani kitaorang pakat pakai baju sama-sama. Ilaa bagi aku pakai contact lens. Fuyooo grey mata aku. Kitaorang celebrate gi Pavi then tengok movie je. Lepas tengok movie makan then terus balik sebab ilaa ada hal family that time. So tanak kacau la. Then lepas ilaa balik je aku pun lepaklah dengan geng geng aku budak jb.

Happy 6th Monthsary sayang. Iloveyouuu <3

DAH 3 JAM AKU DUDUK MENGHADAP PC NI. PENAT AKU NAK TYPE. ESOK DAH BUSY. 


Last picture. Byebye semua :*
Penat nak sambung. Nanti-nanti kalau aku rajin aku update lah lagi ya. Byebye korang.

Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Happy 2nd Monthsary & Happy Birthday Ilaa Ke-19

9.6.2012, Sabtu: Aku bangun pagi gosok gigi cuci rambut blablabla... Dah siap-siap pack barang semua aku tunggu Botak, classmate aku kat rumah. Dalam pukul 9.30am gitu aku gerak ke hentian bas Larkin, Jb. Sampai je sana beli tiket bas. Sementara tunggu bas, aku sarapan kejap dekat McD kat area sana. Lepas makan bagai semua, jam pun menunjukkan pukul 11.00am. Aku terus gerak masuk dalam bas yang terletak tak jauh dari McD. Tunggu punya-punyalah tunggu, bas ni tak jalan-jalan sebab tunggu orang yang tak naik lagi. Aku macam nak sepak je driver ni. Tapi orang tua yang tinggal lagi 2 atau 3 tahun lagi masa untuk hidup. Kesian much. K tipu je. Lepas satu jam bas pun bergerak. Vrommm vrommm. *macam bunyi motor je* -,- Masa perjalanan text and tweet tweet dengan ilaa. Dalam bas aku duduk sebelah sorang amoi cun ni. Aku dok main kenyit-kenyit mata je kat amoi tu. Tapi amoi tu tak layan sebab dia pakai spec hitam. K korang kena tipu lagi -,- Aku pun tertidur dalam bas sambil tahan kencing :p Dalam pukul 5.00pm gitu aku pun sampai kat TBS. Sampai je aku terus naik tren gi Bukit Bintang. Masa kat dalam tren ada orang tegur aku. Ok tu kawan aku sebenarnya. Tak sangka boleh ada kawan. Batak kejap. Haha. Ok sampai je BB aku terus  jalan nak jumpa Capix, Seri and Danial. Lepas jumpa je terus gi NZ makan. Then jalan-jalan pavi jap. Aku jadi pavikids jap. Pftt -,- Masa kat pavi jumpa Fadd Diamond kejap. Sampai je malam balik rumah Capix kat Cheras. Tengok Portugal vs Germany. Portugal kalah. Fakkkk! Then tidur dengan jiwa yang kacau.


Belum habis lagi lah. Tadi tu baru intro. Korang tak baca tajuk ke? Kjoke je. 10.6.2012, Ahad: Jalankan rutin harian seperti biasa. Tengah haritu pergi Leisure Mall, Cheras tengok movie dengan Capix and Seri cerita Bohsia 2. Aku dah tengok dah masa kat JB sebenarnya. Tapi layankan jelah mereka ni nak tengok cerita yang tak bermoral ni. Hehe. Dalam wayang aku dok text dengan ilaa je. Nanti tak layan dia karang dia layan lelaki lain pulak. Kgurau je. Jangan marah ilaa woi. Nanti kena jual. Lepas tengok movie aku jadi potong kelapa (photographer) kepada pasangan "Adam & Hawa" ni nak snap-snap gambar. Jeles bongok korang sweet-sweet depan aku. K sabar esok turn aku pulak. Hahaha.Perut pun lapar. Pergi lah kedai dekat area situ makan nasi ayam kejap. Aummm aku makan sendiri sebab ilaa takde. Kalau tak ilaa suapkan :( Perut pun dah kenyang kitaorang pun chaw balik rumah. Sampai je rumah aku tidur. Tipu je tak tidur pun. Malam tu aku dengan Capix pergi Leisure Mall nak cari something untuk ilaa. Kitaorang naik RxZ bhai. Wenggg wenngg kejap. Sampai je aku pergi survey something. Tiba-tiba aku nampak teddy bear tu comel je tergantung kat atas. Aku nak amek tapi tak sampai. K tipu lagi. Lepas tengok tu aku blahh pergi Popular cari kertas and pembalut hadiah. After that, pergi kat teddy bear tadi. Aku tanya akak tu "kak, teddy ni jual ke saje je nak gantung kat atas?" Akak tu cakap "jual lah dik". Aku pun bodek-bodek akak tulah kasi murah sikit. Akak tu cakap "dah murah lah tu dik. dulu akak jual mahal je" Dalam hati aku "macamlah aku tak pernah kerja jadi promoter" Taktik je tu. Capix pulak dok tengok coklat je. Haha. Aku pun letaklah balik teddy bear tu sambil buat muka sedih. Tiba-tiba kakak tu cakap "adik amek teddy ni akak bagi coklat satu". Aku pun cakaplah "satu mana cukup, nak dua. Hehe". Akak tu cakap "yelah-yelah -,-" Leisure Mall pun dah nak tutup aku pun berambus lah bawak teddy bear tu. Then gi kat motor nak balik rumah. Gila woi mat wenggg wengg bawak teddy naik motor. Gila teging aku ni. Hahaha. Takpe takde orang sangat pun masa tu. Sampai je rumah makan kejap then tengok mentor. Aku tak tengok pun. Aku pun mulakan operasi untuk buat something special for ilaa. Aku lukiskan ilaa gambar aku dengan ilaa. Aku pun perah kepala nak buat ayat power untuk kad ucapan. Ok malam tu pukul 12am aku wish birthday ilaa. Then malam sikit otp dengan ilaa sampailah tertidur. Ok pomm tidur. Zzzz....

11.6.2011, Isnin: Bangun pagi. Kejut Seri bangun mandi siap-siap semua. Pack-pack barang terus sebab nak balik JB dah. Lepas mandi kitaorang siap-siap.Sambil tunggu ilaa, aku tidur dulu. Kata nak datang awal pagi ilaa ni -,- Sampai je ilaa, aku and Seri terus pergi Times Square.Masuk je kereta terus salam ila bagi churp churp. Aummm aumm. Jalan sangat sesak. Sambil hilangkan tension tunggu jalan sesak, aku bagi ila churp churp. Ilaa pun bagi jugak. Cair woi aku. Nasib baik kereta aircond kuat.So tak jadi lah cair. Aku pun sweet sweet dengan ilaa kat dalam kereta bagi Seri jeles pulak. Balas dendam woi. Hahaha. Capix tengah tunggu kitaorang kat tepi jalan. Ok lepas amek je terus parking kereta. Smoke dulu sebelum masuk TS. Ilaa marah tapi aku buat-buat tak dengar sebab memang aku tak dengar. Faham tak? Entah aku pun tak faham -,- Perut pun dah krookkk krokkkk, kitaorang "breakfast" kat Old Town. Aku tak tahu nak order apa sebenarnya sebab aku tak suka sangat makanan kat situ. So aku pun suruh ilaa orderkan. Sambil tunggu makanan sampai, kitaorang snap-snap pic. Tiba-tiba Seri and Capix boleh pulak masam muka. Ok tu hal mereka. Hehe. Ila tengah main phone, aku pun buat surprise. Aku bagi kad ucapan birthday kat ilaa. Ilaa diam je. Tak jadi kot surprise aku. Haha. Ilaa pun bukak sampul surat tu dia baca then buat muka sedih+terharu. Alololo. Hehe. Makanan pun dah sampai. Macam biasa ilaa kena suapkan aku. Aku kan manja. Weekkk wekkkk *muntah kejap* Aku makan comot macam budak darjahanam. pftt -,- ilaa pun lapkan mulut aku yang comot tapi still nampak hensem. Perasan woi! Lepas makan je kita booking tiket movie. Tengok Piranha 3DD. Aku dengan ilaa dah 19tahun takpe. Seri and Capix tak boleh tengok sebab bawah umur. So mereka tengok Madagascar 3D je. So childish :p Tiba-tiba bos capix call suruh datang kerja sebab dia ponteng kerja. Capix pun pergi runner kejap. Sementara tunggu Capix, aku ila and Seri pusing-pusing kat dalam TS jelah. Snap snap gambar apa semua.Sampai je Capixx aku dengan ilaa terus masuk movie. Masuk lambat woi. Sejuk woi. Ila pegang tangan aku woi. Cair lagi. Ok tak cair pon sebab dalam aircond. Ila asyik jerit-jerit je sebab terkejut. Terperanjat mak nyah. Hewhew. Bila ada scene yang pakai bikini je, ilaa terus tutup mata aku. Dalam hati aku "woi aku nak tengok woi. free tu". Ehemm. Tiba-tiba ilaa sandar atas bahu aku. Wow! Aku pun churp churp dahi and pipi ilaa. Aumm. Lepas usap usap kepala ilaa. Whoaa rasa macam Aaron Aziz pulak. Ombak rindu. pftt takde kena mengena pun -,-' Cerita pun dah habis. Sambil tunggu Capix and Seri ila mengadu kaki melecet sebab dia pakai kasut baru tu woi. Pergi watson kejap beli plaster. Akak yang kerja watson tu main-main mata dengan aku. Tipu je -,- Then kita duduk kat kerusi dekat-dekat dengan watson tu. Aku pakaikan plaster kat kaki ilaa. Alololo manjanya bini aku ni. Ilaa mintak churp churp. Aku tak bagi. Ilaa keluarkan pisau ugut aku sebab tak bagi churp churp. Ishh aku ni asyik tipu je. Takdelah. Aku churp churp pipi dahi hidung dagu rambut and last kat her sexy lips. Awwww <3 Tiba-tiba Capix dengan Seri pun sampai. Ishh kacau line betullah. Main-main je. Jangan marah ya nanti kena sepak. Kitaorang pun pergi pusing-pusing dalam TS. Kita pergi kedai nak beli cincin. Amoi yang kerja kat situ pun suggest macam-macam. Semua cincin dia nak keluarkan. Macam nak kahwin pulak aku ni. Hehe. Yang aku nak ilaa takde size, so pilih jelah mana yang ada. Ilaa tanak yang ada diamond sebab takut diamond tu cabut. Lepas pilih buat nama kat cincin tu. Kat cincin ilaa tulis nama "Acit" kat cincin aku tulis nama "Ilaa". Capix dengan Seri pun beli jugak. Masa aku pakai tu ilaa pesan jangan tanggalkan cincin ni. Aku cakap "kalau nk berak macam mana?" ilaa cakap "pakai cincin tangan kanan kan -,-" Gurau je woi. Aku takkan tanggalkan cincin ni lah. Lepas tu jalan-jalan sambil pimpin tangan. Aww macam Romeo & Juliet woi. Ilaa nak beli baju baby untuk anak kita. Chett tipu je. Kitaorang shopping baju baby untuk bibik ilaa. Pekerja kat situ semua tengok aku sebab pelik kot sebab aku pegang bawak baju baby keliling F.O.S. Maybe dalam hati diorang cakap "whoaa, muda-muda dah ada anak". Perasan gila aku ni siak. Haha. After that kitaorang lepak satu port ni snap snap gambar bagai. Kat camera banyak gambar aku dengan Capix je. Hewhew. Perut pun dah lapar. Aku dengan ilaa letak barang-barang masuk dalam kereta kejap. Masa kat kereta tu aku pun surprisekan ilaa. Aku bagi teddy bear. Ilaa terjkejut sebaba dia ingat tu teddy bear si Seri tu. Ilaa terus peluk teddy bear tu. Ilaa cakap thanks sayang sambil peluk aku. Iloveyousayang. Ehem "Iloveyoumoresayang". Aku pun tanya ilaa nak letak nama apa. Aku suggest nama bubu. Then ilaa cakap "eee macam nama minah rempit je" pftt -,- Aku pun bagi lah nama teddy bear tu Romeo Jr. Ilaa pun cakap ok jugak nama tu. So Debbie dah ada kawan dah lepas ni kan sayang. Aummmm :* Lepas bagi teddy bear aku bagi kat 2nd Monthsary kat ila. Aku suruh ila bukak. Tapi dia kata nanti lah i bukak kat rumah nanti. Baru surprise katanya. Lepas tu terus jalan kaki pergi Ali Mama. Sambil jalan peluk pinggang ilaa.Dah sampai Ali Mama order air makan bagai. Chill chill kejap sebelum balik jb.After makan minum smoke semua kitaorang pergi TS balilk sebab nak amek kereta. Ilaa kena balik awal sebab dia nak celebrate birthday dia dengan family pulak.Sampai je kat kereta terus otw ke TBS nak hantar aku and Seri balik. Fuhh fuhh sedih woi :'( Sambil drive kita pegang tangan and ilaa macam biasa mintak churp churp :* Nampak je signboard Bandar Tasik Selatan aku makin sedih. Ok sampai je kat TBS aku terus beli tiket. Lepas beli tiket aku and ilaa spend time for the last time for this meet. Aku pesan ilaa itu ini semua. Jaga diri baik-baik. Ilaa tiba-tiba nangis. Aku terus peluk dia erat-erat sambil usap kepala dia. Aku cakap "sayang, takmo nangis k, i belum meninggal lagi lah". Ilaa makin teruk nangis. Aku terus lap air mata ila pkai jari. Jangan nangis ya sayang. Nanti Romeo datang jumpa Juliet lagi ok sayang. Romeo janji! Aku terus kiss pipi, dahi, hidung and last bibir ilaa.Ilaa pun kiss pipi, dahi, hidung and bibir aku balik. Ilaa still menangis sambil peluk aku kuat-kuat. Aku nak nangis tapi tahan je. Malu woi lelaki nangis :p Then ilaa salam sambil cium tangan aku. Sedih je dia, Ohhgosh, jam pun nak pukul 8.30pm. Aku jalan nak gerak pergi platform bas. Masa aku jalan, ilaa terik tangan aku. Dia cakap "sayang, jangan balik please". Aku cakap "i kena balik sayang. I ada class esok". Ilaa cakap "please jangan tinggalkan i, i merayu sangat :'( Aku terus peluk ilaa kuat-kuat. Lama jugak aku peluk dia sebab nak lepaskan rindu. Then terus lepaskan pelukan tu. Salam ila cium tangan. Aku pun terus jalan menuju ke platform bas. Ilaa lambai tangan sambil nangis. Aku tak sanggup weyh nak tinggalkan ila :'( Tapi apakan daya jarak memisahkan kita. Tapi hati kita sentiasa bersama. Naik je bas dengan Seri duduk seat lain-lain. Takut ilaa and Capix jeles kang. Dalam bas kitaorang sambung texting while tweeting. 10 minit kemudian bas pun jalan. Bye ilaa, bye capixx, bye kuala lumpur :'(
Remember this sayang, ◆ Never leave never. ◆ Never hate never. ◆ Always loving you

*Penat weyh taip ni. Thanks yang sudi baca kisah aku dan dia. Mesti kering tekak korang baca. Korang kalau nak air pergi McD. Aku dah booking air untuk korang. Satu je tau. Kalau dah habis tu pandai-pandailah korang Re-fill air tu. Okay lah Mat Romeo nak pergi berurut dulu. Lenguh tangan ni. Nanti ada cerita lagi saya update. Bye semua. Assalamulaikum.






Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

First date with ilaa

11.05.2012, aku dengan Nik Xiao gerak KL naik bas. Petang tu je sampai KL kitaorang jalan-jalan pergi Sungei Wang kejap cari barang. Malam tu aku tunggu ilaa pick up aku. Dia suruh aku tunggu kat Bukit Bintang. Sambil tunggu ila, aku makan kejap dekat McD dekat area-area situ. Lepas makan tu lepak-lepak kat tepi2 yang dekat Maybank dekat bb tu sambil smoke. Then ila bagitahu dia dah sampai. Aku punyalah berdebar masa tu. Okay aku terus masuk kereta yang dipandu oleh Emy, cousinnya ila. Ila dengan aku diam je sebab first time jumpalah katakan. Ilaa asyik berbual je dengan Emy and Alin. Aku berak jelah sekor-sekor. Okay malam tu kitaorang terus gerak p genting. Masa ontheway ke genting aku penat gila sampai tertidur. Then ilaa kejut aku suruh tidur atas peha dia. Aku pon tidur jelah. Masa aku tidur ilaa belai-belai rambut aku. Rasa sangat disayangi masa tu. hee :) Sampai je genting, keluar dari kereta, fuhhh sejuk gila ohh. Kitaorang terus masuk appartment yang disewa kat sana. Masuk je appartment letak beg apa semua pastu stay ruang tamu tengok tv kejap. Then aku dengan ila nak berbual pon melalui mesej and tweet je. Maklumlah malu-malu kucing meow meow lah katakan. haha. Ilaa start tegur aku. Then aku duduk kat sebelah ila. Aku peluk ila sambil cakap "Romeo dah datang jumpa Juliet ni". Ilaa pun terus menangis sebab terharu. Aku pun peluk dia usap-usap rambut dia.main "aummchakk aummchakk" ilaa terus ketawa. Hewhew. Aku pon dah penat masuk la bilik. Tak lama kemudian ila pon masuk bilik. Aku panggil ila "ila, sini kejap". Aku pun keluarkan sesuatu, "nahh amek ni". Ilaa cakap "apa ni". Aku cakap "bukak lah". Then ila senyum-senyum lepas bukak beg ang berisi kasut yang aku buat sendiri untuk dia. Ila masakkan aku maggie. Then lepas makan smoke kejap then masuk bilik Malam pun sudah lewat aku nak tidur sebab penat. Ila tidur kat katil dia, aku tidur kat katil aku. Aku pon tidurlah. But tak boleh tidur sebab lampu tak tutup. Aku nak tutup tapi ilaa tak bagi sebab takut gelap lah apalah. Aku pon takut-takutkanlah dia cakap ada pocong bagai lah. Then aku tutup lampu. Ilaa terus lompat p katil aku. Then baring sama-sama. Peluk-peluk dia kuat-kuat, main-main mata, pegang-pegang tangan, churp churp. Aummm. Kitaorang pun tidur sebab esok nak kena bangun pagi. Aku bangun awal gila sebab nak bagi ila churp churp. hewhew :* Bangun tidur ilaaa baring atas peha aku then main-main pipi "alolololo" haha. Aku pun sambung tidur. Ila pergi mandi. Diaorang semua dah siap nak main theme park. Aku pun siap-siap jugaklah. Dah siap semua aku, ila, emy and alin breakfast kat McD. Lepas breakfast, terus main-main apa jadah semua kat sana. Masa main cawan pusing-pusing tu ilaa nak termuntah tapi tak jadi  sebab takut kena sepak. k,joke. Lepas tu main kayuh-kayuh dekat tasik yg dkt sana. Lepas main je ilaa ngadu sbb nk muntah. Then bawak dia p toilet. Ila dgn alin dua-dua muntah. Ok terus balik appartment. Lepas balik je terus masuk bilik baring sebab kepenatan. Pastu perut pun lapar, makan nasi and maggie yg ilaa tak habis makan. Ilaa suapkan makan. Aumm manjanya aku. Lepas tu tengok cerita cartoon sama-sama. Lepas tu baring atas sofa sambil tengok cerita Shin Chan. Aku pun tertidur atas peha ila. Malam tu sikit ila kejut aku suruh kemas-kemas barang sebab dia urgent katanya. Ok lepas je siap kemas-kemas barang kitaorang pon gerak balik. Ila hantar aku kat rumah emy. Sedihlah jugak sebab kena berpisah sementara. Ok pomm tidur kat rumah emy.Esoknya ila cakap nak dating dengan aku but tak jadi sebab dia kena celebrate Mother's Day masa tu. Ok aku pun tak boleh nak halanglah. Kalau halang masuk kubur. hee :)  Aku lepaklah kat Ali Mama dekat-dekat dengan TS dengan Capixx, Arejay (Hero Padini), Iffa Elmo, Eez and Meili. Then lepaklah sampai malam. Pastu balik rumah Capix kat Cheras. Tidur sana.



14.05.2012, aku ajak ilaa date after  ilaa balik class. Mula-mula jumpa kat Leisure Mall , Cheras. Masa tu ila bawak kawan dia, Syikin. Aku pulak bawak capixx. Ok masa jumpa capixx jatuh hati kat syikin.Jalan-jalan pusing Leisure Mall k kami bosan. Then kitaorang gerak The Mines, Cheras. Makan KFC kejap. Masa tu macam trick aku buat untuk buat Syikin duduk sebelah Capixx.Letak sos kat kerusi bagailah. haha. Lepas tu jalan-jalan jelah kat situ snap-snap gambar. Churp churp peyukkkk. Ok malam tu ila hantar aku dengan capixx balik. Masa dah sampai rumah, aku dengan ila stay je dalam kereta. Tiba-tiba ila nangis sebab dia ingatkan aku balik esoknya;. Kitaorang pun peyukkk-peyukk adn churp churp dalam kereta kesian ila nangis. Uwekkk uwekkk :'( Lepas dah tenang aku salam peluk kiss pastu ilaa balik dengan hati yang sedih.

17.05.2012, ila amek aku kat rumah capixx, then kitaorang gerak pergi TS jalan-jalan pimpin-pimpin tangan churp churp bagai. hewhew. Aku lapar, then pergi The Chicken Rice Shop "bukan sekadar nasi ayam" kokkokokokkok " Ilaa suapkan aku makan. aumm aummm manjanya. Laki siapalah ni. Hahaha :D Lepas makan aku dengan ila jalan-jalan je. Ila ngadu penat. Then kitaorang duduklah kat kerusi yg ada kat TS tu. Masa tu buat video bagai. Peluk-peluk churp churp berbual dengan dia. Cerita kat ilaa yang aku ni luar biasa orangnya, Boleh angkat gajah sebelah tangan, trailer langgar aku, trailer tu kemek, banyaklah lagi. hewhew. Aku nk tengok movie but ila kata dia nak kena balik awal sebab takut kena sepak dengan kakak dia.Ok then ila hantar aku balik Then tidur. zzZZZ""

20.05.2012, Today last aku kat KL. Aku pack-pack barang untuk balik ke JB. Tunggu ilaa amek kat rumah. Ilaa dah sampai je, aku dengan Capixx and Syikin pergi makan dekat kedai makan yang dekat Leisure Mall tu.Ilaa suapkan aku nasi ayam. Tiba-tiba fon ila berdering. Kringg kringg. Ok ada salah faham sedikit masa ni. Ilaa lari sambil menangis menuju ke kereta. Ok aku dengan buat muka seperti Aaron Aziz terus lari mengejar ila yang tidak jauh lagi. Cuma tertinggal satu tiang je. Ok tipu je. Aku pun membebel kat ila masa dalam kereta tu. Lepas membebel aku pergi 7Eleven beli arak. Nak mabuk kejap sebab tension. Ok korang kena tipu lagi. Aku pun pujuk lah ila. Aumchakk aumchakk. Aku terus peluk ilaa and usap-usap rambut dia. Lepas tu kitaorang terus gerak TBS nak hantar aku balik JB. Masa dalam perjalanan tu aku diam je sebab sedih kena berjauhan kembali dengan ila. Uwekkk uwekkk aku nangis. Chettt tipu je mana ada nangis :p Sampai je TBS, aku beli tiket. Lepas beli tiket aku dengan ilaa kena "sekolah" dengan Syikin. Pftt -,- Jam pun nak dekat pukul 8pm masa tu. Ilaa ada bagi aku something. Dia suruh aku bukak nanti. Curious gila aku apalah ilaa bagi kat aku. Aku dengan ila saling pesan-memesan. Then ilaa peluk-peluk sebab nak lepaskan rindu. Masa nak balik tu ila salam cium tangan aku. Aku cium pipi and dahi dia. Ila nangis teruk. Aku nangis sikit je :p OK aku terus gerak kat platform nak balik dah. Naik je bas aku text and tweet dia. Masa dalam bas tu aku bukak lah pemberiaan ila tu. OMG, dia bagi kad ucapan yg berbentuk love. Gmabar-gambar aku dengan ila. Masa baca kad ucapan yang dia buat sendiri tu, air mata aku mengalir tanpa dipelawa. Thanks for the gift sayang. Iloveyousomuch superjuliet <3 That's all for today. Thanks yang baca. Sila amek minuman percuma di dapur masing-masing sebab penat bacakan korang :)

Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Kisah cinta aku dan dia

(Long Distance Relationship)

Inilah detik perkenalan aku dan Ilaa. 24.2.2012 aku kenal dengan seorang perempuan yang bernama Nur Nabila Ramle. Ok macam ni cerita nya. Mula-mula nazihah IM aku kat facebook, dia kata. "eh kau usha lah budak ni, dia tengah single tu". Aku pun macam "hah hah?". Aku pun try lah usha profile dia. Tengok je dia dah lama friend dengan aku kat facebook. Si Naz ni suruh aku usha dia. Aku memang nak usha. Tapi tak tahu kenapa perasaan nervous tiba-tiba muncul. At last aku pun tegur lah "hai ilaa". Then kitaorang chat la.... Aku ingat dia ni sombong rupanya tak. Masa aku nak off tu aku drop number phone aku. Dengan harapan dia akan contact aku. Then esok malam dia ada text say "goodnight". Aku pun terkejut + happy. Tak sangka dia contact aku. Text punya text punya text kitaorang makin mesra. Esoknya naz ajak skype group antara aku ilaa, dengan naz. Ilaa kata muka aku macam late bf dia yang dah meninggal dunia. Tengah dok syok webcam tiba-tiba laptop aku masuk air yang tertumpah. Terus patah hati. 2.3.2012 aku pergi KL dengan kawan-kawan aku. Saje jalan-jalan jumpa kawan. Si ilaa ajak tengok movie masa sabtu tu. Dia nak ajak tengok cerita "The Devil Inside". Aku punyalah happy masa tu. Semangat gila aku nak keluar pavi masa tu. Then masa hari sabtu tu, aku text dia lah tanya jadi ke tak keluar. Then dia cakap tak confirm lagi. Ok, dalam hati aku "mintak-mintak jadi". Then, aku dapat text dari dia. Dia cakap dia tak jadi nak tengok movie dengan aku sebab dia kena teman mama dia shooping. Hampa je perasaan masa tu. Tapi takpe, sebab masa tu takde perasaan sangat. Sebab tujuan utama nak jumpa kawan-kawan je. Ok dah stop cerita pasal pavi. LOL. 4.3.2012 aku pun balik jb balik. Then dia menyesal tak text aku sebab dia ingatkan aku lama kat kl. Kalau tidak dapatlah kitaorang jumpa. Tapi apakan daya. Jodoh tak sampai lagi masa tu. Lepas je aku balik jb, kitaorang terus rapat dan sangat mesra. Hari-hari kitaorang text or tweet each other. Yang kelakarnya, ilaa panggil aku "GF" and aku pulak panggil dia "BF". Terbalik lah pulak kan. Tapi aku rasa ia unik. Tapi ilaa selalu tersasul panggil aku "BF". Err -.- *padahal dalam hati berbunga-bunga* Kitaorang ni memang kuat gila berangan. Boleh buat filem "Box Office" kot. Nama gelaran kitaorang "Superromeo (aku) dan Superjuliet (ilaa). Aku suka nama gelaran tu. Sweet sangat macam Romeo & Juliet. Dia ni da lah suka makan choki-choki dengan minum air milo kotak. Haha comel je. 6.4.2012 adalah hari yang paling bermakna bagi aku selepas sebulan lebih berkenalan. Haritu hari jumaat. Aku memang tunggu saat-saat macam ni. Mula-mula cuak jugak nak luahkan isi hati aku ni. Tapi aku beranikan diri jugak. Aku melamar dia pada pukul 5.24pm masa tengah on call. Macam tak percaya sebab apa yang aku harap jadi kenyataan. Sejak haritu kitaorang dah berani nak tunjuk kat seluruh dunia yang kitaorang saling mencintai. Walaupun ianya cinta jarak jauh, kitaorang kuat. Kuat macam apa sayang? Macam tiger. Rawrr!! Hehe :D Kitaorang memang couple, tapi bagi kitaorang, kitaorang adalah tunang, *whoaa!!*  Now, aku dah dapat kebahagian aku dengan  new girlfriend, future wife, future mom for our kids and forever my love. Thanks sayang sebab kau yakin untuk terima aku sebagai teman hidup kau. 3 janji yang dia bagi kat aku iaitu, 1)Saya akan jadi sahabat awak dengan sebaik-sebaik sahabat 2)Saya akan jadi kekasih awak  dengan sebaik-sebaik kekasih 3)Saya akan jadi isteri awak dengan sebaik-baik isteri untuk lelaki yang saya cinta. Aku cinta kau Nur Nabila binti Ramle. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kita. Hopefully sampai ke jinjang pelamin. Amin! Aku pegang kata-kata ila, "Never Leave Never, Never Hurt You, Never Hate Never and Always Loving You" yeahhh Never Jerit Never :D

Iklas dari hati: Acit
Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary