Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Luahan Hati

Buntu buntu buntu buntu bontot!!!! Kusut kusut kusut kusut kasut!!! Serabut serabut serabut serabut perabot!!! Itulah yang ada kat kepala otak gua setiap hari. Rasa macam give up pun ada. Hmm. Setiap hari ada je masalah yang timbul. Kalau takda masalah tak sah. Tiap hari fikir problem itu ini itu ini. Dengan masalah family masalah diri. Masalah cinta? Itu lagilah kusut. Gua kalau bab cinta ni malas nak ambil serius sangat sekarang. Memang gua ada suka, sayang dan cinta kat someone ni. Memang kitaorang saling suka sama suka. Kitaorang happy dan bahagia sangat bila bersama. Dia buat gua lupakan semua problem yang ada kat kepala ni. Gua bahagia bila dengan dia. Tapi, gua belum ready nak couple couple apa bagai ni. Ini bukan masalah still sayangkan ex-gf or what. Ex-gf gua apa semua takda kena mengena. Gua pun dah lama lupakan dia. Dia just masa lalu gua. Dan tak terfikir pun nak getback. Dan gua tak suka dia banding-bandingkan diri dia dengan ex-gf gua. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Gua terima je seadanya. Yang penting, be yourself. Itu je yang gua nak. Yang penting hati tu jujur, ikhlas sayang dan cintakan gua. Lagipun, kitaorang macam ni pun dah cukup bahagia. Soal couple tu biarlah masa yang menentukan. Tak couple tak bermakna hati tak sayang atau tanakkan dia. Tapi gua sayangkan hubungan kitaorang yang sekarang ni. Bila couple, mesti akan ada gaduh or selisih faham. And lama-kelamaan mesti relation jadi goyang dan seterusnya akan ada perkataan "break"! Gua takmau semua tu. Gua dah penat dan malas nak macam tu. Bila dah break mesti hubungan kitaorang takkan kembali macam sekarang ni. Harap dia faham keadaan dan situasi gua. Tak couple pun kitaorang dah bahagia kan. Dia risau gua dirampas perempuan lain. No! Gua bukan jenis lelaki yang senang nak sangkut dekat perempuan. Selama 20 tahun gua hidup, gua pernah couple lima kali je since gua form 5. See? Gua bukan jenis yang senang nak couple couple ni. Harap dia boleh fikir secara professional. Kalau gua sayang sorang, gua akan sayang sorang je. Gua tak suka kongsi kongsi macam makan magie. Fikirlah baik baik okay? Jangan terburu-buru. Nanti menyesal dikemudian hari apa pun tak dapat. Assalamualaikum~


Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Hidup Baru

Assalamualaikum semua pembaca. Sihat? Demam? Sakit perut? Selesema? Maaf saya bukan seorang doktor. Kalau sakit pergi klinik ya. Hehe :) Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang masih belum meninggal. Maafkan salah dan silap saya sekiranya ada. Sekiranya tiada, tak perlulah nak mintak maaflahkan. Huhu :) Harap raya tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Alhamdulillah, puasa tahun ni saya puasa penuh walaupun pelbagai dugaan   dan hasutan yang diberikan. Bolehlah dapat duit raya banyak tahun ni. Yeay!! :D Saya kecik lagi sebenarnya. Baru 20 tahun -,- Hee, apa gua merepek ni. Okay, semua dah maklum yang saya dengan Ilaa Nabila a.k.a bekas kekasih saya tu dah break. Kenapa break? Biarlah antara saya dengan dia je yang tahu. Hubungan kami bertahan cuma 1 tahun 1 bulan 10 hari. Nice numbers isn't it? Tapi sayangnya jodoh kami tak panjang. Kami ditakdirkan tidak untuk bersama. Alhamdulilah, kami berpisah secara baik tiada pendam dan dendam. Kami tidak bermusuh malah kami masih berkawan tapi tak seperti dulu. Bahasa dan layanan tak lebih sebagai seorang kawan. Kalau ada jodoh tak kemana kan? Sebenarnya takda idea nak update blogger ni. Maklumlah dah berzaman tak update. Idea pun kurang. Ayat pun terabur macam gigi korang. Huhu. Btw, saya happy dengan hidup baru saya. Bukan sebab bebas nak bergaul. Tapi hati saya dapat berehat setelah disakiti dan sebagainyalah. Ini mungkin hikmah dari-Nya. Buat masa terdekat ni, saya belum terfikir nak ada apa-apa hubungan dengan sesiapa pun sebab saya masih trauma dan takut dengan CINTA. Cinta ni nampak je indah, tapi bila dah di alam percintaan, macam macam hal ada. Yang penting kena kuat semangat, jangan cepat mengalah. Amboi, jadi dokor cinta pulak gua pagi-pagi buta ni. Haha :) Saya serik bercinta. Ya, memang mulanya happy. Tapi akhirnya.... Hmm macam ni lah kesudahannya. Apa pun tak dapat. Yang dapat pengajaran dan pengalaman. Yang paling penting kenangan. Okay, gua dah penat nak membebel sekor-sekor. Nanti kalau gua rajin gua updatelah blog lagi. Thanks baca. Kali ni takda bagi minuman free. 7Eleven harini bukak sekerat hari je. Baru nak payung korang air. Takda rezeki nak buat macam mana kan? Haha. Dah lah, bye semua. Assalamualaikum :)


Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary