Still hope

Perkara yang paling buat gua sedih dalam hidup gua. Gua tak pernah rasa sedih yang macam ni. Sumpah gua tak kuat nak hadap benda macam ni. Apatah lagi nak teruskan hidup tanpa dia. Banyak perkara dah kita lalu sama sama. Susah senang kita sama sama. Ketawa sama sama, menangis sama sama. Happy je bila nak ingat balik. Tapi tu semua dulu. Sekarang dah berakhir. Gua mengaku gua bukan orang yang baik. Tapi gua dah cuba untuk jadi yang terbaik. Bukan senang nak pertahankan relationship yang dah goyah. Orang kata semua benda terjadi ada hikmah dia. Ya, memang betul tu. Semua yang berlaku semuanya bersebab. Even kita baru nak sampai 8 bulan, relationship kita dah berakhir. Gua dah cuba macam macam cara untuk dapatkan hati dia balik. Tapi dia tetap dengan keputusannya. At first dia suruh bagi dia 2 minggu-1 bulan untuk dia fikir fikirkan. Tapi gua perlu tahu jawapan dari dia secepat mungkin. Gua taknak berharap nanti. Sebab gua tahu gua yang akan sakit nanti. Gua mintak dia peluang terakhir, tapi dia tetap dengan jawapan yang sama. Gua tak boleh nak paksa diri dia. Siapalah gua ni nak paksa paksa dia. Gua dah biasa hidup dengan dia. Cara dia, semua gua dah biasa. Kita serasi bersama. Orang kata kalau ada jodoh tu takkan kemana. Harap harap lah dia jodoh gua. Buat masa ni gua taknak cari mana mana pengganti. Cukuplah kawan kawan yang gua ada sekarang ni. Thanks kawan kawan sebab support and bagi semangat even itu tak bermakna buat gua sebab semangat gua memang dah weak gila. Gua ni periang orangnya. Suka buat orang ketawa dengan lawak yang gua buat. Tapi sekarang gua lebih suka berdiam diri. Menangis dalam hati. Setiap langkah yang gua jalan, gua dapat rasakan yang dia ada disebelah gua. Kita dah macam belangkas. Mana ada gua, adalah dia. Mana ada dia, adalah gua. Tapi sekarang tak lagi. Even dia dekat, gua rasakan dia jauh sangat dari gua. Gua tak nampak diri dia yang sebenar. Gua tak boleh nak terima hakikat yang dia boleh berubah mendadak. Kita masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Manusia tiada yang perfect. Semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Kita hampir setahun. Gua memang dah plan, bila genap je 1 tahun relationship kitaorang, gua nak celebrate besar besaran like bercuti or pergi vacation. Even gua ni takdalah kaya, tapi gua ada usaha. Tapi tak kesampaian. Sedih sangat rasanya. Dia lah perempuan yang gua paling sayang, dialah perempuan yang paling comel antara ex ex gua. Bukan comel sebab apa. Dari first jumpa dia, gua nampak yang dia ni memang lain dari yang lain. Dia ada cara dia yang tersendiri. Dekat situlah yang buat gua sangkut dan jatuh cinta dekat dia. Tapi dia masih ada kekurangan. Gua tak mintak pun dapat yang perfect, sebab gua tahu dalam dunia takda yang perfect. Dia suruh gua cari yang lagi better dari dia. Tapi gua taknak sebab gua tahu sampai kiamat pon takkan habis. Sebab setiap yang better akan ada yang lagi better. Thats why lah gua taknak buang masa dengan cari orang yang tak tentu. Gua memang berharap yang dia akan terima gua balik. Harapan gua sangat tinggi dekat dia. Cepat atau lambat pasti gua akan dapat dia kalau ada jodoh. Gua punya mak suka sangat dekat dia bila gua bawak jumpa dengan mak gua. Dia adalah antara satu satunya perempuan yang gua pernah bawak jumpa dengan mak dan family gua sebagai kekasih. Sebab gua yakin gua boleh pergi jauh dengan dia. Tapi gua salah. Sekarang gua taktahu nak cakap macam mana. Maybe dia memang nak gua pergi dari hidup dia. Ataupun dia ego, sebab dia kata dia sayangkan gua sangat. Gua pegang kata kata dia. Tapi sekarang kitaorang jadi kawan even tak dapat macam dulu. Gua terima walau sakit hati. Walau gua tahu memang berat cabaran ni. Apa yang gua boleh buat cuma berdoa dan berserah kepada ilahi. Sebab dialah yang merancang segala kehidupan kita. Nur Juliana binti Abdullah/Jessica Lee/Lee Pui Sang, sayang, saya tetap akan tunggu awak sampailah saya bertahan. Saya harap awak akan terima saya suatu hari nanti. Iloveyousayang <3







Ini adalah gambar pertama kiraorang. Masa ni dia datang jb sendiri sebab nak jumpa gua. Bukan senang perempuan nak datang dari jauh semata mata nak jumpa orang yang dia sayang. Gua respect dia sebab dia berani. Iloveyousayang <3




Masa ni dekat Pantai Klebang, Melaka. Kitaorang honeymoon kat sini tanpa dirancang. Angin kuat gila masa ni sampai terbang terbang rambut. Hehehe.

Hiyarkkkk!! Huarkkkk!! Anyonyo. Suka dia panjat atas badan gua. Selesaaaaaaa. Katanya. Ringan je budak ni. Tapi sekarang dah gemok sikit . Tu yang buat gua makin sayang kat dia.



 Masa ni kat rumah banglo depan Pantai Klebang. Tumpang tidur dekat rumah dia ramai ramai even rumah ni memang berhantu. Seram nyokkk


Sebenarnya petang tu dia nak kena balik rumah dia, tapi dia nak delay malam sikit. Okay then tengok tiket semua. Last last dia kata dia taknak balik lagi. Dia tak puas nak spend time dengan gua. Anyonyo. Menangis nangis dia taknak balik rumah. Gua pon happy lah cerita dia.


Jalan jalan di melaka bersama tersayang. Penat jalan masa ni. Function habis. Rugi tak join brader.


Jalan jalan kat Jonker Street, terjumpa orang buat benda ni. Kitaorang pun buat dua. Satu dia, satu lagi gua. ACIT <3 JESS , JESS <3 ACIT. Tapi sekarang ni tinggal satu je. Tercicir mana ntah. Masa tu tercicir dalam kereta kancil sebab haha. k






Tiap minggu kita lepak sama sama dengan kawan saya. Comelkan kita. Aum aum


Lepak atas bumbung bersama kawan.. Masa ni kening sayang kening shin chan. hhehe



Nampak tak macam shin chan? Tapi tetap comelkan. sayang awak. hehe



Kita keluar selalu pakai baju sama. Sampai orang ingat kita ni adik beradik. kan kan kan. sama kan? hehe


BMTH Concert. Tak pernah pernah dia pergi concert hardcore, sekali gua ajak terkejut dia tengok orang mosh. At first dia terkejut, then dia suka pulak sebab tengok gua tapak tapak orang . haha

Kasut samakan? Susah nak cari size kaki dia ni. Mula mula dia taknak kasut ni sebab dia kata macam mat rempit. Mana ada mat rempit pakai kasut macam ni. Apalah sayang ni.

Penat tunggu Oliver Sykes lepas habis concert. Last last tak dapat jumpa. Haiyaa, kecewa hati ini. Jalan kaki jelah balik. hhaha

Tengok cover phone dia. Sticker baru beli kat bazar karat. Beli then lepak mamak terus pasang. Tak menyabar betukl ini budak.

Tunggu train sempat lagi bergambar kat jejantas. Masa ni nak pergi Tempatan Fest kat Jalan Kia Peng. Banyak shopping masa ni . Fengtau saja.

Pergi giant nak beli burger dan bahan bahan nak buat spaghetti. Aummmm

Gua tengah kerja boleh pulak dia hantar gambar dia makan roti dengan peanut. Dah lah peanut free hahaha

On the way jalan kaki nak ke rumah gua. Bajet bajet iklan syampoo pulak budak ni. hoho

Semangat sayang ni nak suruh amik gambar sama side nak sama spec semata mata nak buat photo collage. Anyonyonyo comelnya sayanggggg

Tengok tu. Sanggup beli seluar baru then suruh buat koyak koyak jugak macam gua punya seluar. Sibuk je brader ni nak tiru tiru gua. Anyonyonyo.

Menunggu coconut shake, sambil sambil tu berangan lah dulu depan camera. huahuahua


Masa ni gua tak habis habis panggil dia Giyomi Giyomi. Sebab muka dia memang macam orang korea yang buat video giyomi kat youtube. Lekat sampai sekarang nama dia Jessica Giyomi kat phone gua. Niko niko.




Seminggu yang sangat bahagia bersama dia. Masa ni lah kitaorang semakin rapat dan saling mengenali antara satu sama lain. Dia sangat manja. Tengok muka di yang comel mesti sejuk je hati.

Acit love Jess forever.

Bila setiap kali dia tanya kat gua, "Can i be your number one 'fans'"? Gua akan akan jawab, "No, you are my only one". Bila dia buat muka macam ni gua cair bagaikan ais krim yang tak masuk peti ais. Iloveyou.

Ingat tak tempat ni sayang? Dekat sinilah awak ceritakan semua pasal sejarah hidup awak. Dekat sini jugalah yang dapat tenangkan fikiran kita. Tiap kali lalu sini je saya mesti ingat awak. Saya ingat apa semua yang awak ceritakan kat saya sampailah sekarang.


Awak lukis nama saya atas tangan awak bila bosan. So sweet. Uhuk uhuk <3

Setiap genggaman tangan dia, gua dapat rasakan kebahagiaan bersama dia. Dia terlalu baik dan manja. Gua tak pernah rasa macam ni.


Susah senang sentiasa bersama. Kita tak berputus asa pergi kemana saja bersama untuk dapatkan kerja. Kemana saya pergi semuanya ada awak. Sampai interview kerja pon nak ikut sama. Sebab dia taknak berjauhan dengan gua.


Cinta dan sahabat. Selain dari cinta, kitaorang juga adalah sahabat. Sahabat ini banyak tolong kitaorang bila kitaorang susah dan senang. Dia dah banyak bantu dalam relationship kitaorang. Jasa dia banyak tanpa berkira sama ada duit, makan dan minum ataupun tempat tinggal. Thanks sahabat sebab banyak membantu kitaorang walaupun kita masing masing ada masalah tersendiri. Inilah yang dinamakan sahabat walaupun kita tak serapat dulu. Tapi kita tetap sahabat. Kitaorang bertiga dah bagaikan adik beradik walaupun perkenalan kitaorang singkat. Tapi kitaorang saling memahami dan tolong antara satu sama lain.

Budak ni suka menyibuk bila gua nak amik gambar sorang sorang. Bila dia amik gambar sorang sorang gua takda kacau pon. haha. comel je sayang gua sekor ni.

Masa ni birthday sayang, walaupun tak sambut dengan besar besaran, tapi yang penting masi ni kita spend time together sebab masa ni takda bajet nak celebrate. Duit tak mengizinkan. Yang penting happy. Saya akan ingat memory ni sampai bila bila.


Nampak tak hairstyles baru. Tengoklah siapa yang style kan kalau bukan gua. Comel sangat muka dia bila buat rambut macam ni. Kening pun sudah baru. Dari situ gua telah dilantik sebagai fashion designer untuk dia selamanya. Hoho.




Birthday surprise dari sayang. Pandai ye nak main surprise surprise. Patutlah call semua taknak angkat. Dah deal dengan botak awal awal. Dan dan cakap pergi beli roti lah. Bila tanya roti mana, dia cakap ada dekat luar. Takkan roti letak kat luar. Bila gua nak keluar pergi ambil roti dia tak bagi. Ada je alasan. Tiba je sampai bawah botak bawak kek dengan ayam KFC. Wahh terharu gila. Tak pernah dapat surprise macam ni. Masa ni celebrate dekat rumah gua. Actually abang gua baru nak pergi belikan kek untuk gua. Tapi lu lambatlah brader. Gua punya awek lagi lincah dari lu. Kalau nak beli dua kek pon boleh jugak. Gua dah lah hantu coklat. Thanks sayang for the surprise. Saya takkan lupakan memori ni. Sebab harijadi macam ni paling bermakna dalam hidup gua.



Sanggup jalan kaki jauh sebab kena game dengan bas. Hahaha. Semata mata nak pergi Tempatan Fest dekat Danga Bay. Sweet <3

Scenekid couple forever.


Keep this on my mind forever.






Masa ni gua tak tahu kenapa gua dapat rasa lain gila. Even masa tu happy gila sebab dapat lepaskan tension. Gua tiba tiba beria ia nak amik gambar banyak banyak, video pon record banyak banyak. Rupa rupanya ni lah gambar terakhir kitaorang bersama. Gua tak sangka benda ni boleh jadi. Sebab plan minggu depan nak pergi sini lagi sekali dengan Apex. Tapi, hm tulah. Macam susah nak terima hakikat. Masa berjalan begitu pantas. Gua cuma merancang. Yang tentukan bukan gua. Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik buat kita. Sedih bila tengok balik gambar gambar dari mula kitaorang kenal sampailah sekarang. Hmm


















Bila kita gaduh, bila kita masam muka, saya selalu baca balik conversation ni. Teringin nak macam ni. Sekarang saya selalu baca conversation ni. Sedih sangat, walaupun sedih tetap dapat jadi pengubat rindu yang teramat. Sayang mesti ingat semua ni kan? Comel je kita dulu dulu walaupun saya tak comel. Uhuk uhuk. Kalau sudi baca lah satu satu. Hmm...


Sayang, i love you :

Your boyfriend, Acit <3







Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary