Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Happy 2nd Monthsary & Happy Birthday Ilaa Ke-19

9.6.2012, Sabtu: Aku bangun pagi gosok gigi cuci rambut blablabla... Dah siap-siap pack barang semua aku tunggu Botak, classmate aku kat rumah. Dalam pukul 9.30am gitu aku gerak ke hentian bas Larkin, Jb. Sampai je sana beli tiket bas. Sementara tunggu bas, aku sarapan kejap dekat McD kat area sana. Lepas makan bagai semua, jam pun menunjukkan pukul 11.00am. Aku terus gerak masuk dalam bas yang terletak tak jauh dari McD. Tunggu punya-punyalah tunggu, bas ni tak jalan-jalan sebab tunggu orang yang tak naik lagi. Aku macam nak sepak je driver ni. Tapi orang tua yang tinggal lagi 2 atau 3 tahun lagi masa untuk hidup. Kesian much. K tipu je. Lepas satu jam bas pun bergerak. Vrommm vrommm. *macam bunyi motor je* -,- Masa perjalanan text and tweet tweet dengan ilaa. Dalam bas aku duduk sebelah sorang amoi cun ni. Aku dok main kenyit-kenyit mata je kat amoi tu. Tapi amoi tu tak layan sebab dia pakai spec hitam. K korang kena tipu lagi -,- Aku pun tertidur dalam bas sambil tahan kencing :p Dalam pukul 5.00pm gitu aku pun sampai kat TBS. Sampai je aku terus naik tren gi Bukit Bintang. Masa kat dalam tren ada orang tegur aku. Ok tu kawan aku sebenarnya. Tak sangka boleh ada kawan. Batak kejap. Haha. Ok sampai je BB aku terus  jalan nak jumpa Capix, Seri and Danial. Lepas jumpa je terus gi NZ makan. Then jalan-jalan pavi jap. Aku jadi pavikids jap. Pftt -,- Masa kat pavi jumpa Fadd Diamond kejap. Sampai je malam balik rumah Capix kat Cheras. Tengok Portugal vs Germany. Portugal kalah. Fakkkk! Then tidur dengan jiwa yang kacau.


Belum habis lagi lah. Tadi tu baru intro. Korang tak baca tajuk ke? Kjoke je. 10.6.2012, Ahad: Jalankan rutin harian seperti biasa. Tengah haritu pergi Leisure Mall, Cheras tengok movie dengan Capix and Seri cerita Bohsia 2. Aku dah tengok dah masa kat JB sebenarnya. Tapi layankan jelah mereka ni nak tengok cerita yang tak bermoral ni. Hehe. Dalam wayang aku dok text dengan ilaa je. Nanti tak layan dia karang dia layan lelaki lain pulak. Kgurau je. Jangan marah ilaa woi. Nanti kena jual. Lepas tengok movie aku jadi potong kelapa (photographer) kepada pasangan "Adam & Hawa" ni nak snap-snap gambar. Jeles bongok korang sweet-sweet depan aku. K sabar esok turn aku pulak. Hahaha.Perut pun lapar. Pergi lah kedai dekat area situ makan nasi ayam kejap. Aummm aku makan sendiri sebab ilaa takde. Kalau tak ilaa suapkan :( Perut pun dah kenyang kitaorang pun chaw balik rumah. Sampai je rumah aku tidur. Tipu je tak tidur pun. Malam tu aku dengan Capix pergi Leisure Mall nak cari something untuk ilaa. Kitaorang naik RxZ bhai. Wenggg wenngg kejap. Sampai je aku pergi survey something. Tiba-tiba aku nampak teddy bear tu comel je tergantung kat atas. Aku nak amek tapi tak sampai. K tipu lagi. Lepas tengok tu aku blahh pergi Popular cari kertas and pembalut hadiah. After that, pergi kat teddy bear tadi. Aku tanya akak tu "kak, teddy ni jual ke saje je nak gantung kat atas?" Akak tu cakap "jual lah dik". Aku pun bodek-bodek akak tulah kasi murah sikit. Akak tu cakap "dah murah lah tu dik. dulu akak jual mahal je" Dalam hati aku "macamlah aku tak pernah kerja jadi promoter" Taktik je tu. Capix pulak dok tengok coklat je. Haha. Aku pun letaklah balik teddy bear tu sambil buat muka sedih. Tiba-tiba kakak tu cakap "adik amek teddy ni akak bagi coklat satu". Aku pun cakaplah "satu mana cukup, nak dua. Hehe". Akak tu cakap "yelah-yelah -,-" Leisure Mall pun dah nak tutup aku pun berambus lah bawak teddy bear tu. Then gi kat motor nak balik rumah. Gila woi mat wenggg wengg bawak teddy naik motor. Gila teging aku ni. Hahaha. Takpe takde orang sangat pun masa tu. Sampai je rumah makan kejap then tengok mentor. Aku tak tengok pun. Aku pun mulakan operasi untuk buat something special for ilaa. Aku lukiskan ilaa gambar aku dengan ilaa. Aku pun perah kepala nak buat ayat power untuk kad ucapan. Ok malam tu pukul 12am aku wish birthday ilaa. Then malam sikit otp dengan ilaa sampailah tertidur. Ok pomm tidur. Zzzz....

11.6.2011, Isnin: Bangun pagi. Kejut Seri bangun mandi siap-siap semua. Pack-pack barang terus sebab nak balik JB dah. Lepas mandi kitaorang siap-siap.Sambil tunggu ilaa, aku tidur dulu. Kata nak datang awal pagi ilaa ni -,- Sampai je ilaa, aku and Seri terus pergi Times Square.Masuk je kereta terus salam ila bagi churp churp. Aummm aumm. Jalan sangat sesak. Sambil hilangkan tension tunggu jalan sesak, aku bagi ila churp churp. Ilaa pun bagi jugak. Cair woi aku. Nasib baik kereta aircond kuat.So tak jadi lah cair. Aku pun sweet sweet dengan ilaa kat dalam kereta bagi Seri jeles pulak. Balas dendam woi. Hahaha. Capix tengah tunggu kitaorang kat tepi jalan. Ok lepas amek je terus parking kereta. Smoke dulu sebelum masuk TS. Ilaa marah tapi aku buat-buat tak dengar sebab memang aku tak dengar. Faham tak? Entah aku pun tak faham -,- Perut pun dah krookkk krokkkk, kitaorang "breakfast" kat Old Town. Aku tak tahu nak order apa sebenarnya sebab aku tak suka sangat makanan kat situ. So aku pun suruh ilaa orderkan. Sambil tunggu makanan sampai, kitaorang snap-snap pic. Tiba-tiba Seri and Capix boleh pulak masam muka. Ok tu hal mereka. Hehe. Ila tengah main phone, aku pun buat surprise. Aku bagi kad ucapan birthday kat ilaa. Ilaa diam je. Tak jadi kot surprise aku. Haha. Ilaa pun bukak sampul surat tu dia baca then buat muka sedih+terharu. Alololo. Hehe. Makanan pun dah sampai. Macam biasa ilaa kena suapkan aku. Aku kan manja. Weekkk wekkkk *muntah kejap* Aku makan comot macam budak darjahanam. pftt -,- ilaa pun lapkan mulut aku yang comot tapi still nampak hensem. Perasan woi! Lepas makan je kita booking tiket movie. Tengok Piranha 3DD. Aku dengan ilaa dah 19tahun takpe. Seri and Capix tak boleh tengok sebab bawah umur. So mereka tengok Madagascar 3D je. So childish :p Tiba-tiba bos capix call suruh datang kerja sebab dia ponteng kerja. Capix pun pergi runner kejap. Sementara tunggu Capix, aku ila and Seri pusing-pusing kat dalam TS jelah. Snap snap gambar apa semua.Sampai je Capixx aku dengan ilaa terus masuk movie. Masuk lambat woi. Sejuk woi. Ila pegang tangan aku woi. Cair lagi. Ok tak cair pon sebab dalam aircond. Ila asyik jerit-jerit je sebab terkejut. Terperanjat mak nyah. Hewhew. Bila ada scene yang pakai bikini je, ilaa terus tutup mata aku. Dalam hati aku "woi aku nak tengok woi. free tu". Ehemm. Tiba-tiba ilaa sandar atas bahu aku. Wow! Aku pun churp churp dahi and pipi ilaa. Aumm. Lepas usap usap kepala ilaa. Whoaa rasa macam Aaron Aziz pulak. Ombak rindu. pftt takde kena mengena pun -,-' Cerita pun dah habis. Sambil tunggu Capix and Seri ila mengadu kaki melecet sebab dia pakai kasut baru tu woi. Pergi watson kejap beli plaster. Akak yang kerja watson tu main-main mata dengan aku. Tipu je -,- Then kita duduk kat kerusi dekat-dekat dengan watson tu. Aku pakaikan plaster kat kaki ilaa. Alololo manjanya bini aku ni. Ilaa mintak churp churp. Aku tak bagi. Ilaa keluarkan pisau ugut aku sebab tak bagi churp churp. Ishh aku ni asyik tipu je. Takdelah. Aku churp churp pipi dahi hidung dagu rambut and last kat her sexy lips. Awwww <3 Tiba-tiba Capix dengan Seri pun sampai. Ishh kacau line betullah. Main-main je. Jangan marah ya nanti kena sepak. Kitaorang pun pergi pusing-pusing dalam TS. Kita pergi kedai nak beli cincin. Amoi yang kerja kat situ pun suggest macam-macam. Semua cincin dia nak keluarkan. Macam nak kahwin pulak aku ni. Hehe. Yang aku nak ilaa takde size, so pilih jelah mana yang ada. Ilaa tanak yang ada diamond sebab takut diamond tu cabut. Lepas pilih buat nama kat cincin tu. Kat cincin ilaa tulis nama "Acit" kat cincin aku tulis nama "Ilaa". Capix dengan Seri pun beli jugak. Masa aku pakai tu ilaa pesan jangan tanggalkan cincin ni. Aku cakap "kalau nk berak macam mana?" ilaa cakap "pakai cincin tangan kanan kan -,-" Gurau je woi. Aku takkan tanggalkan cincin ni lah. Lepas tu jalan-jalan sambil pimpin tangan. Aww macam Romeo & Juliet woi. Ilaa nak beli baju baby untuk anak kita. Chett tipu je. Kitaorang shopping baju baby untuk bibik ilaa. Pekerja kat situ semua tengok aku sebab pelik kot sebab aku pegang bawak baju baby keliling F.O.S. Maybe dalam hati diorang cakap "whoaa, muda-muda dah ada anak". Perasan gila aku ni siak. Haha. After that kitaorang lepak satu port ni snap snap gambar bagai. Kat camera banyak gambar aku dengan Capix je. Hewhew. Perut pun dah lapar. Aku dengan ilaa letak barang-barang masuk dalam kereta kejap. Masa kat kereta tu aku pun surprisekan ilaa. Aku bagi teddy bear. Ilaa terjkejut sebaba dia ingat tu teddy bear si Seri tu. Ilaa terus peluk teddy bear tu. Ilaa cakap thanks sayang sambil peluk aku. Iloveyousayang. Ehem "Iloveyoumoresayang". Aku pun tanya ilaa nak letak nama apa. Aku suggest nama bubu. Then ilaa cakap "eee macam nama minah rempit je" pftt -,- Aku pun bagi lah nama teddy bear tu Romeo Jr. Ilaa pun cakap ok jugak nama tu. So Debbie dah ada kawan dah lepas ni kan sayang. Aummmm :* Lepas bagi teddy bear aku bagi kat 2nd Monthsary kat ila. Aku suruh ila bukak. Tapi dia kata nanti lah i bukak kat rumah nanti. Baru surprise katanya. Lepas tu terus jalan kaki pergi Ali Mama. Sambil jalan peluk pinggang ilaa.Dah sampai Ali Mama order air makan bagai. Chill chill kejap sebelum balik jb.After makan minum smoke semua kitaorang pergi TS balilk sebab nak amek kereta. Ilaa kena balik awal sebab dia nak celebrate birthday dia dengan family pulak.Sampai je kat kereta terus otw ke TBS nak hantar aku and Seri balik. Fuhh fuhh sedih woi :'( Sambil drive kita pegang tangan and ilaa macam biasa mintak churp churp :* Nampak je signboard Bandar Tasik Selatan aku makin sedih. Ok sampai je kat TBS aku terus beli tiket. Lepas beli tiket aku and ilaa spend time for the last time for this meet. Aku pesan ilaa itu ini semua. Jaga diri baik-baik. Ilaa tiba-tiba nangis. Aku terus peluk dia erat-erat sambil usap kepala dia. Aku cakap "sayang, takmo nangis k, i belum meninggal lagi lah". Ilaa makin teruk nangis. Aku terus lap air mata ila pkai jari. Jangan nangis ya sayang. Nanti Romeo datang jumpa Juliet lagi ok sayang. Romeo janji! Aku terus kiss pipi, dahi, hidung and last bibir ilaa.Ilaa pun kiss pipi, dahi, hidung and bibir aku balik. Ilaa still menangis sambil peluk aku kuat-kuat. Aku nak nangis tapi tahan je. Malu woi lelaki nangis :p Then ilaa salam sambil cium tangan aku. Sedih je dia, Ohhgosh, jam pun nak pukul 8.30pm. Aku jalan nak gerak pergi platform bas. Masa aku jalan, ilaa terik tangan aku. Dia cakap "sayang, jangan balik please". Aku cakap "i kena balik sayang. I ada class esok". Ilaa cakap "please jangan tinggalkan i, i merayu sangat :'( Aku terus peluk ilaa kuat-kuat. Lama jugak aku peluk dia sebab nak lepaskan rindu. Then terus lepaskan pelukan tu. Salam ila cium tangan. Aku pun terus jalan menuju ke platform bas. Ilaa lambai tangan sambil nangis. Aku tak sanggup weyh nak tinggalkan ila :'( Tapi apakan daya jarak memisahkan kita. Tapi hati kita sentiasa bersama. Naik je bas dengan Seri duduk seat lain-lain. Takut ilaa and Capix jeles kang. Dalam bas kitaorang sambung texting while tweeting. 10 minit kemudian bas pun jalan. Bye ilaa, bye capixx, bye kuala lumpur :'(
Remember this sayang, ◆ Never leave never. ◆ Never hate never. ◆ Always loving you

*Penat weyh taip ni. Thanks yang sudi baca kisah aku dan dia. Mesti kering tekak korang baca. Korang kalau nak air pergi McD. Aku dah booking air untuk korang. Satu je tau. Kalau dah habis tu pandai-pandailah korang Re-fill air tu. Okay lah Mat Romeo nak pergi berurut dulu. Lenguh tangan ni. Nanti ada cerita lagi saya update. Bye semua. Assalamulaikum.






Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

First date with ilaa

11.05.2012, aku dengan Nik Xiao gerak KL naik bas. Petang tu je sampai KL kitaorang jalan-jalan pergi Sungei Wang kejap cari barang. Malam tu aku tunggu ilaa pick up aku. Dia suruh aku tunggu kat Bukit Bintang. Sambil tunggu ila, aku makan kejap dekat McD dekat area-area situ. Lepas makan tu lepak-lepak kat tepi2 yang dekat Maybank dekat bb tu sambil smoke. Then ila bagitahu dia dah sampai. Aku punyalah berdebar masa tu. Okay aku terus masuk kereta yang dipandu oleh Emy, cousinnya ila. Ila dengan aku diam je sebab first time jumpalah katakan. Ilaa asyik berbual je dengan Emy and Alin. Aku berak jelah sekor-sekor. Okay malam tu kitaorang terus gerak p genting. Masa ontheway ke genting aku penat gila sampai tertidur. Then ilaa kejut aku suruh tidur atas peha dia. Aku pon tidur jelah. Masa aku tidur ilaa belai-belai rambut aku. Rasa sangat disayangi masa tu. hee :) Sampai je genting, keluar dari kereta, fuhhh sejuk gila ohh. Kitaorang terus masuk appartment yang disewa kat sana. Masuk je appartment letak beg apa semua pastu stay ruang tamu tengok tv kejap. Then aku dengan ila nak berbual pon melalui mesej and tweet je. Maklumlah malu-malu kucing meow meow lah katakan. haha. Ilaa start tegur aku. Then aku duduk kat sebelah ila. Aku peluk ila sambil cakap "Romeo dah datang jumpa Juliet ni". Ilaa pun terus menangis sebab terharu. Aku pun peluk dia usap-usap rambut dia.main "aummchakk aummchakk" ilaa terus ketawa. Hewhew. Aku pon dah penat masuk la bilik. Tak lama kemudian ila pon masuk bilik. Aku panggil ila "ila, sini kejap". Aku pun keluarkan sesuatu, "nahh amek ni". Ilaa cakap "apa ni". Aku cakap "bukak lah". Then ila senyum-senyum lepas bukak beg ang berisi kasut yang aku buat sendiri untuk dia. Ila masakkan aku maggie. Then lepas makan smoke kejap then masuk bilik Malam pun sudah lewat aku nak tidur sebab penat. Ila tidur kat katil dia, aku tidur kat katil aku. Aku pon tidurlah. But tak boleh tidur sebab lampu tak tutup. Aku nak tutup tapi ilaa tak bagi sebab takut gelap lah apalah. Aku pon takut-takutkanlah dia cakap ada pocong bagai lah. Then aku tutup lampu. Ilaa terus lompat p katil aku. Then baring sama-sama. Peluk-peluk dia kuat-kuat, main-main mata, pegang-pegang tangan, churp churp. Aummm. Kitaorang pun tidur sebab esok nak kena bangun pagi. Aku bangun awal gila sebab nak bagi ila churp churp. hewhew :* Bangun tidur ilaaa baring atas peha aku then main-main pipi "alolololo" haha. Aku pun sambung tidur. Ila pergi mandi. Diaorang semua dah siap nak main theme park. Aku pun siap-siap jugaklah. Dah siap semua aku, ila, emy and alin breakfast kat McD. Lepas breakfast, terus main-main apa jadah semua kat sana. Masa main cawan pusing-pusing tu ilaa nak termuntah tapi tak jadi  sebab takut kena sepak. k,joke. Lepas tu main kayuh-kayuh dekat tasik yg dkt sana. Lepas main je ilaa ngadu sbb nk muntah. Then bawak dia p toilet. Ila dgn alin dua-dua muntah. Ok terus balik appartment. Lepas balik je terus masuk bilik baring sebab kepenatan. Pastu perut pun lapar, makan nasi and maggie yg ilaa tak habis makan. Ilaa suapkan makan. Aumm manjanya aku. Lepas tu tengok cerita cartoon sama-sama. Lepas tu baring atas sofa sambil tengok cerita Shin Chan. Aku pun tertidur atas peha ila. Malam tu sikit ila kejut aku suruh kemas-kemas barang sebab dia urgent katanya. Ok lepas je siap kemas-kemas barang kitaorang pon gerak balik. Ila hantar aku kat rumah emy. Sedihlah jugak sebab kena berpisah sementara. Ok pomm tidur kat rumah emy.Esoknya ila cakap nak dating dengan aku but tak jadi sebab dia kena celebrate Mother's Day masa tu. Ok aku pun tak boleh nak halanglah. Kalau halang masuk kubur. hee :)  Aku lepaklah kat Ali Mama dekat-dekat dengan TS dengan Capixx, Arejay (Hero Padini), Iffa Elmo, Eez and Meili. Then lepaklah sampai malam. Pastu balik rumah Capix kat Cheras. Tidur sana.



14.05.2012, aku ajak ilaa date after  ilaa balik class. Mula-mula jumpa kat Leisure Mall , Cheras. Masa tu ila bawak kawan dia, Syikin. Aku pulak bawak capixx. Ok masa jumpa capixx jatuh hati kat syikin.Jalan-jalan pusing Leisure Mall k kami bosan. Then kitaorang gerak The Mines, Cheras. Makan KFC kejap. Masa tu macam trick aku buat untuk buat Syikin duduk sebelah Capixx.Letak sos kat kerusi bagailah. haha. Lepas tu jalan-jalan jelah kat situ snap-snap gambar. Churp churp peyukkkk. Ok malam tu ila hantar aku dengan capixx balik. Masa dah sampai rumah, aku dengan ila stay je dalam kereta. Tiba-tiba ila nangis sebab dia ingatkan aku balik esoknya;. Kitaorang pun peyukkk-peyukk adn churp churp dalam kereta kesian ila nangis. Uwekkk uwekkk :'( Lepas dah tenang aku salam peluk kiss pastu ilaa balik dengan hati yang sedih.

17.05.2012, ila amek aku kat rumah capixx, then kitaorang gerak pergi TS jalan-jalan pimpin-pimpin tangan churp churp bagai. hewhew. Aku lapar, then pergi The Chicken Rice Shop "bukan sekadar nasi ayam" kokkokokokkok " Ilaa suapkan aku makan. aumm aummm manjanya. Laki siapalah ni. Hahaha :D Lepas makan aku dengan ila jalan-jalan je. Ila ngadu penat. Then kitaorang duduklah kat kerusi yg ada kat TS tu. Masa tu buat video bagai. Peluk-peluk churp churp berbual dengan dia. Cerita kat ilaa yang aku ni luar biasa orangnya, Boleh angkat gajah sebelah tangan, trailer langgar aku, trailer tu kemek, banyaklah lagi. hewhew. Aku nk tengok movie but ila kata dia nak kena balik awal sebab takut kena sepak dengan kakak dia.Ok then ila hantar aku balik Then tidur. zzZZZ""

20.05.2012, Today last aku kat KL. Aku pack-pack barang untuk balik ke JB. Tunggu ilaa amek kat rumah. Ilaa dah sampai je, aku dengan Capixx and Syikin pergi makan dekat kedai makan yang dekat Leisure Mall tu.Ilaa suapkan aku nasi ayam. Tiba-tiba fon ila berdering. Kringg kringg. Ok ada salah faham sedikit masa ni. Ilaa lari sambil menangis menuju ke kereta. Ok aku dengan buat muka seperti Aaron Aziz terus lari mengejar ila yang tidak jauh lagi. Cuma tertinggal satu tiang je. Ok tipu je. Aku pun membebel kat ila masa dalam kereta tu. Lepas membebel aku pergi 7Eleven beli arak. Nak mabuk kejap sebab tension. Ok korang kena tipu lagi. Aku pun pujuk lah ila. Aumchakk aumchakk. Aku terus peluk ilaa and usap-usap rambut dia. Lepas tu kitaorang terus gerak TBS nak hantar aku balik JB. Masa dalam perjalanan tu aku diam je sebab sedih kena berjauhan kembali dengan ila. Uwekkk uwekkk aku nangis. Chettt tipu je mana ada nangis :p Sampai je TBS, aku beli tiket. Lepas beli tiket aku dengan ilaa kena "sekolah" dengan Syikin. Pftt -,- Jam pun nak dekat pukul 8pm masa tu. Ilaa ada bagi aku something. Dia suruh aku bukak nanti. Curious gila aku apalah ilaa bagi kat aku. Aku dengan ila saling pesan-memesan. Then ilaa peluk-peluk sebab nak lepaskan rindu. Masa nak balik tu ila salam cium tangan aku. Aku cium pipi and dahi dia. Ila nangis teruk. Aku nangis sikit je :p OK aku terus gerak kat platform nak balik dah. Naik je bas aku text and tweet dia. Masa dalam bas tu aku bukak lah pemberiaan ila tu. OMG, dia bagi kad ucapan yg berbentuk love. Gmabar-gambar aku dengan ila. Masa baca kad ucapan yang dia buat sendiri tu, air mata aku mengalir tanpa dipelawa. Thanks for the gift sayang. Iloveyousomuch superjuliet <3 That's all for today. Thanks yang baca. Sila amek minuman percuma di dapur masing-masing sebab penat bacakan korang :)

Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary