Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

First date with ilaa

11.05.2012, aku dengan Nik Xiao gerak KL naik bas. Petang tu je sampai KL kitaorang jalan-jalan pergi Sungei Wang kejap cari barang. Malam tu aku tunggu ilaa pick up aku. Dia suruh aku tunggu kat Bukit Bintang. Sambil tunggu ila, aku makan kejap dekat McD dekat area-area situ. Lepas makan tu lepak-lepak kat tepi2 yang dekat Maybank dekat bb tu sambil smoke. Then ila bagitahu dia dah sampai. Aku punyalah berdebar masa tu. Okay aku terus masuk kereta yang dipandu oleh Emy, cousinnya ila. Ila dengan aku diam je sebab first time jumpalah katakan. Ilaa asyik berbual je dengan Emy and Alin. Aku berak jelah sekor-sekor. Okay malam tu kitaorang terus gerak p genting. Masa ontheway ke genting aku penat gila sampai tertidur. Then ilaa kejut aku suruh tidur atas peha dia. Aku pon tidur jelah. Masa aku tidur ilaa belai-belai rambut aku. Rasa sangat disayangi masa tu. hee :) Sampai je genting, keluar dari kereta, fuhhh sejuk gila ohh. Kitaorang terus masuk appartment yang disewa kat sana. Masuk je appartment letak beg apa semua pastu stay ruang tamu tengok tv kejap. Then aku dengan ila nak berbual pon melalui mesej and tweet je. Maklumlah malu-malu kucing meow meow lah katakan. haha. Ilaa start tegur aku. Then aku duduk kat sebelah ila. Aku peluk ila sambil cakap "Romeo dah datang jumpa Juliet ni". Ilaa pun terus menangis sebab terharu. Aku pun peluk dia usap-usap rambut dia.main "aummchakk aummchakk" ilaa terus ketawa. Hewhew. Aku pon dah penat masuk la bilik. Tak lama kemudian ila pon masuk bilik. Aku panggil ila "ila, sini kejap". Aku pun keluarkan sesuatu, "nahh amek ni". Ilaa cakap "apa ni". Aku cakap "bukak lah". Then ila senyum-senyum lepas bukak beg ang berisi kasut yang aku buat sendiri untuk dia. Ila masakkan aku maggie. Then lepas makan smoke kejap then masuk bilik Malam pun sudah lewat aku nak tidur sebab penat. Ila tidur kat katil dia, aku tidur kat katil aku. Aku pon tidurlah. But tak boleh tidur sebab lampu tak tutup. Aku nak tutup tapi ilaa tak bagi sebab takut gelap lah apalah. Aku pon takut-takutkanlah dia cakap ada pocong bagai lah. Then aku tutup lampu. Ilaa terus lompat p katil aku. Then baring sama-sama. Peluk-peluk dia kuat-kuat, main-main mata, pegang-pegang tangan, churp churp. Aummm. Kitaorang pun tidur sebab esok nak kena bangun pagi. Aku bangun awal gila sebab nak bagi ila churp churp. hewhew :* Bangun tidur ilaaa baring atas peha aku then main-main pipi "alolololo" haha. Aku pun sambung tidur. Ila pergi mandi. Diaorang semua dah siap nak main theme park. Aku pun siap-siap jugaklah. Dah siap semua aku, ila, emy and alin breakfast kat McD. Lepas breakfast, terus main-main apa jadah semua kat sana. Masa main cawan pusing-pusing tu ilaa nak termuntah tapi tak jadi  sebab takut kena sepak. k,joke. Lepas tu main kayuh-kayuh dekat tasik yg dkt sana. Lepas main je ilaa ngadu sbb nk muntah. Then bawak dia p toilet. Ila dgn alin dua-dua muntah. Ok terus balik appartment. Lepas balik je terus masuk bilik baring sebab kepenatan. Pastu perut pun lapar, makan nasi and maggie yg ilaa tak habis makan. Ilaa suapkan makan. Aumm manjanya aku. Lepas tu tengok cerita cartoon sama-sama. Lepas tu baring atas sofa sambil tengok cerita Shin Chan. Aku pun tertidur atas peha ila. Malam tu sikit ila kejut aku suruh kemas-kemas barang sebab dia urgent katanya. Ok lepas je siap kemas-kemas barang kitaorang pon gerak balik. Ila hantar aku kat rumah emy. Sedihlah jugak sebab kena berpisah sementara. Ok pomm tidur kat rumah emy.Esoknya ila cakap nak dating dengan aku but tak jadi sebab dia kena celebrate Mother's Day masa tu. Ok aku pun tak boleh nak halanglah. Kalau halang masuk kubur. hee :)  Aku lepaklah kat Ali Mama dekat-dekat dengan TS dengan Capixx, Arejay (Hero Padini), Iffa Elmo, Eez and Meili. Then lepaklah sampai malam. Pastu balik rumah Capix kat Cheras. Tidur sana.



14.05.2012, aku ajak ilaa date after  ilaa balik class. Mula-mula jumpa kat Leisure Mall , Cheras. Masa tu ila bawak kawan dia, Syikin. Aku pulak bawak capixx. Ok masa jumpa capixx jatuh hati kat syikin.Jalan-jalan pusing Leisure Mall k kami bosan. Then kitaorang gerak The Mines, Cheras. Makan KFC kejap. Masa tu macam trick aku buat untuk buat Syikin duduk sebelah Capixx.Letak sos kat kerusi bagailah. haha. Lepas tu jalan-jalan jelah kat situ snap-snap gambar. Churp churp peyukkkk. Ok malam tu ila hantar aku dengan capixx balik. Masa dah sampai rumah, aku dengan ila stay je dalam kereta. Tiba-tiba ila nangis sebab dia ingatkan aku balik esoknya;. Kitaorang pun peyukkk-peyukk adn churp churp dalam kereta kesian ila nangis. Uwekkk uwekkk :'( Lepas dah tenang aku salam peluk kiss pastu ilaa balik dengan hati yang sedih.

17.05.2012, ila amek aku kat rumah capixx, then kitaorang gerak pergi TS jalan-jalan pimpin-pimpin tangan churp churp bagai. hewhew. Aku lapar, then pergi The Chicken Rice Shop "bukan sekadar nasi ayam" kokkokokokkok " Ilaa suapkan aku makan. aumm aummm manjanya. Laki siapalah ni. Hahaha :D Lepas makan aku dengan ila jalan-jalan je. Ila ngadu penat. Then kitaorang duduklah kat kerusi yg ada kat TS tu. Masa tu buat video bagai. Peluk-peluk churp churp berbual dengan dia. Cerita kat ilaa yang aku ni luar biasa orangnya, Boleh angkat gajah sebelah tangan, trailer langgar aku, trailer tu kemek, banyaklah lagi. hewhew. Aku nk tengok movie but ila kata dia nak kena balik awal sebab takut kena sepak dengan kakak dia.Ok then ila hantar aku balik Then tidur. zzZZZ""

20.05.2012, Today last aku kat KL. Aku pack-pack barang untuk balik ke JB. Tunggu ilaa amek kat rumah. Ilaa dah sampai je, aku dengan Capixx and Syikin pergi makan dekat kedai makan yang dekat Leisure Mall tu.Ilaa suapkan aku nasi ayam. Tiba-tiba fon ila berdering. Kringg kringg. Ok ada salah faham sedikit masa ni. Ilaa lari sambil menangis menuju ke kereta. Ok aku dengan buat muka seperti Aaron Aziz terus lari mengejar ila yang tidak jauh lagi. Cuma tertinggal satu tiang je. Ok tipu je. Aku pun membebel kat ila masa dalam kereta tu. Lepas membebel aku pergi 7Eleven beli arak. Nak mabuk kejap sebab tension. Ok korang kena tipu lagi. Aku pun pujuk lah ila. Aumchakk aumchakk. Aku terus peluk ilaa and usap-usap rambut dia. Lepas tu kitaorang terus gerak TBS nak hantar aku balik JB. Masa dalam perjalanan tu aku diam je sebab sedih kena berjauhan kembali dengan ila. Uwekkk uwekkk aku nangis. Chettt tipu je mana ada nangis :p Sampai je TBS, aku beli tiket. Lepas beli tiket aku dengan ilaa kena "sekolah" dengan Syikin. Pftt -,- Jam pun nak dekat pukul 8pm masa tu. Ilaa ada bagi aku something. Dia suruh aku bukak nanti. Curious gila aku apalah ilaa bagi kat aku. Aku dengan ila saling pesan-memesan. Then ilaa peluk-peluk sebab nak lepaskan rindu. Masa nak balik tu ila salam cium tangan aku. Aku cium pipi and dahi dia. Ila nangis teruk. Aku nangis sikit je :p OK aku terus gerak kat platform nak balik dah. Naik je bas aku text and tweet dia. Masa dalam bas tu aku bukak lah pemberiaan ila tu. OMG, dia bagi kad ucapan yg berbentuk love. Gmabar-gambar aku dengan ila. Masa baca kad ucapan yang dia buat sendiri tu, air mata aku mengalir tanpa dipelawa. Thanks for the gift sayang. Iloveyousomuch superjuliet <3 That's all for today. Thanks yang baca. Sila amek minuman percuma di dapur masing-masing sebab penat bacakan korang :)

Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary