Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

worst hang out ever

semalam aku hang out cs dengan Micko, OmeiFaqaBella, Kevin dgn gf dia. aku sampai cs pukul 5 lebih. then pergi kotaraya jap. then pergi hardrock Kevin belanja makan chicken-chop. hoho. best makan free. tapi spoil kentang dia macam tertumpah garam je rasa. haha. ok, lepas makan tu jalan pusing2 cs meleweh. malam pulak lepak segget dengan Micko, Omei, Faqa, Bella, Kelvin&GF dia, Flora, Baby, Mizie, Acong. minum2 je kat situ. then faqa ajak aku teman dia pergi hantar si bella ni kat kakak dia Nelly. tunggu lah dalam15 minit gitu pastu micko call tanya kat mana. aku ckp kat bustop. ok then micko semua datang lah bustop. actually, aku da janji nak main futsal Imr ajak. ok, masa dekat bustop tu ada sorang budak cina ni tengah jalan sorang2 baru balik kerja. tiba2 ada satu kelompok budak2 mabuk serang dari belakang budak cina tu. then budak cina tu lari. then dia call kawan dia untuk backup. 5 minit lepas tu kawan budak cina tu datang lah. then nak settle kan tapi budak mabuk tu pukul kawan budak cina tu. then dia lari. then, Kevin nak settle kan hal budak mabuk tu dengan budak cina tu. tapi budak mabuk tu terus pukul budak cina tu. then cina tu cuba melawan then cina tu lari sana sini. tiba2 cina tu tersungkur. budak2 mabuk tu apa lagi, pukul lah budak cina tu ramai2. aku dengan member2 aku semua ada kat tempat kejadian sebab tengah nk tunggu bas. nk tolong pon tak boleh sebab dah ramai gila kot geng budak mabuk tu. then lepas pukul geng budak mabuk tu lari ke mana entah. berapa minit lepas tu, polis datang. tanya tu tanya ni. dia mintak IC then aku bagi. lepas cakap tu cakap ni kat polis tu, dia ajak pergi balai untuk bagi keterangan. aku, Micko, Fahmi, dengan lagi 3 budak aku tak kenal kena ikut pergi balai untuk bagi keterangan. kitaorang naik balai polis bergerak. sampai je balai, duduk lah dalam tu kejap nk tunggu budak cina tu buat report. then, lepas tu kitaorang kena jumpa Inspektor apa ntah nama dia nk bagi keterangan. pastu aku call Kevin sebab dia je yang tahu semua ni. lepas tu terus kitaorang lepas. dalam pukul 12.30 pagi gitu. then Inspektor tu ajak pergi kedai mamak dia nak belanja minum. haha. ok Imr pun amek aku dekat balai sebab diaoran dah lama gila tunggu aku sebabnak main futsal.
Van ni lah yang kitaorang naik semalam. Best *gambar hiasan    

ok, lepas keluar balai tu, Imr terus bawak aku masuk kereta nak main futsal dekat taman daya. sampai je tempat futsal tu terus lah main. team DAYA vs team ROSNIXX kata Imr. haha. ok team ROSNIXX aku, Imr, Sepet, Sayur, Ash, Black, Boyihh. team DAYA pulak, Amy, Chee Ming, Eijai and more tak tahu nama. haha. team aku titik berapa 10-7 kot. haha. ok, masa main tu, Amy nak sepak bola tapi aku pangkah kaki dia then kaki aku berlaga dengan tulang kering dia. ok aku rasa macam sakit je kar kaki aku. then aku tengok la kenapa kasut aku macam ada benda timbul. aku pun bukak lah kasut. then aku tengok ibu jari kaki aku bengkok ke atas. aku diam jap. then aku terduduk dalam court futsal tu. then budak2 ni semua keremun dekat aku. aku suruh amy tarik jari kaki aku sampai tegak balik. aku tahan je asalkan jari aku tegak balik. tarik punyalah tarik akhirnya jari aku tegak balik. fuhh lega aku. aku pon terus duduk luar court tengok diorang main. ok lepas je habis main kitaorang lepak minum2 tengok bola. then main teka-teki bagai. haha sampai lah restoran mamak tu nak tutup pukul 5 pagi. ok lepas tu diaorang pergi villa nabila jalan2 photo shoot kot, aku stay je dalam kereta Sayur sebab tak boleh nk jalan. lepas je diorang balik dari villa nabila, Sayur terus hantar aku balik rumah dalam pukul 7 pagi. sampai je rumah aku terus sapu minyak gamat kat kaki aku. then texting kejap dengan Eqa. pastu terus tidur.bangun je tidur pukul 2 lebih, aku tengok kaki aku bengkak gila. nak jalan pun macam OKU. haha. ok tu jelah cite dia :)

Macam ni lah lebih kurang ibu jari kaki aku bengkok. tapi ibu jari aku bengkok ke atas. *gambar hiasan
Lepas bangun pagi, ibu jari kaki aku macam ni lah rupa dia lebih kurang. *gambar hiasan

Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Happy Birthday Mama



Happy Birthday Mama yg kali ke-44. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Terima kasih sebab jaga asyiq dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan kesabaran. Asyiq tahu bukan senang nak jaga orang yang macam ulat ni. Suka ke sana suka ke sini. Hoho :O Tapi mama tetap ambil berat pasal asyiq. Terharu boboi :( Hmm, asyiq minta maaf sebab dah banyak sakitkan hati mama selama asyiq hidup dalam dunia ni. Asyiq dah banyak kecewakan mama buat mama menangis :'( Banyak gila kot dosa asyiq dekat mama. Hmm. Kek nak beli tapi tak cukup modal lah. Beli Fish Cake je lah eh mama ? Hihi, bergurau :P Sedihnya, harini birthday mama, then harini jugak mama balik Sabah. Hmm, sokey lah. Aku dah biasa hidup berjauhan ni semua. Take care of yourself mama. ILOVEYOU <3



Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

akibat main mercun

gambar ini adalah benar dan bukan rekaan semata-mata. gambar ini diambil dari google images. tujuan saya buat post ini bukan untuk menakut-nakutkan. tetapi hanya untuk memberi pengajaran kepada semua golongan. jadi janganlah main mercun kerana ia sangat merbahaya kepada kita :) *gambar hiasan
Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary