Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Hidup Baru

Assalamualaikum semua pembaca. Sihat? Demam? Sakit perut? Selesema? Maaf saya bukan seorang doktor. Kalau sakit pergi klinik ya. Hehe :) Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang masih belum meninggal. Maafkan salah dan silap saya sekiranya ada. Sekiranya tiada, tak perlulah nak mintak maaflahkan. Huhu :) Harap raya tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Alhamdulillah, puasa tahun ni saya puasa penuh walaupun pelbagai dugaan   dan hasutan yang diberikan. Bolehlah dapat duit raya banyak tahun ni. Yeay!! :D Saya kecik lagi sebenarnya. Baru 20 tahun -,- Hee, apa gua merepek ni. Okay, semua dah maklum yang saya dengan Ilaa Nabila a.k.a bekas kekasih saya tu dah break. Kenapa break? Biarlah antara saya dengan dia je yang tahu. Hubungan kami bertahan cuma 1 tahun 1 bulan 10 hari. Nice numbers isn't it? Tapi sayangnya jodoh kami tak panjang. Kami ditakdirkan tidak untuk bersama. Alhamdulilah, kami berpisah secara baik tiada pendam dan dendam. Kami tidak bermusuh malah kami masih berkawan tapi tak seperti dulu. Bahasa dan layanan tak lebih sebagai seorang kawan. Kalau ada jodoh tak kemana kan? Sebenarnya takda idea nak update blogger ni. Maklumlah dah berzaman tak update. Idea pun kurang. Ayat pun terabur macam gigi korang. Huhu. Btw, saya happy dengan hidup baru saya. Bukan sebab bebas nak bergaul. Tapi hati saya dapat berehat setelah disakiti dan sebagainyalah. Ini mungkin hikmah dari-Nya. Buat masa terdekat ni, saya belum terfikir nak ada apa-apa hubungan dengan sesiapa pun sebab saya masih trauma dan takut dengan CINTA. Cinta ni nampak je indah, tapi bila dah di alam percintaan, macam macam hal ada. Yang penting kena kuat semangat, jangan cepat mengalah. Amboi, jadi dokor cinta pulak gua pagi-pagi buta ni. Haha :) Saya serik bercinta. Ya, memang mulanya happy. Tapi akhirnya.... Hmm macam ni lah kesudahannya. Apa pun tak dapat. Yang dapat pengajaran dan pengalaman. Yang paling penting kenangan. Okay, gua dah penat nak membebel sekor-sekor. Nanti kalau gua rajin gua updatelah blog lagi. Thanks baca. Kali ni takda bagi minuman free. 7Eleven harini bukak sekerat hari je. Baru nak payung korang air. Takda rezeki nak buat macam mana kan? Haha. Dah lah, bye semua. Assalamualaikum :)


Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary