Perkenalan Aku dan Dia

Assalamualaikum semua! Tak jawab dosa, jawab dapat pahala, diam bisu. Lol. Lama gila tak update blog ni kan. Dah berhabuk dah agaknya blog ni kot. Nasib baik bunga ros aku tu tak layu. Haha. Sejak aktif bertwitter sekarang ni blog aku pun tak terjaga. Ramai tanya aku asal lama tak update blog. Sebenarnya bukan tanak update, tapi memang tanak pun. Busy sangat dengan kerjaya papan selaju aku ni ha. Haha. Okay. Entry kali ini nak cerita pasal jalan cerita tentang perkenalan aku dengan ilaa. Cerita dia macam ni. Haaa. Macam tu lah. Faham tak? Tak faham jugak? Susahlah korang ni. Pergi masuk sekolah tadika balik sana! Haihhh. *gurau je* haha.

Pada tarikh 24.2.2012 ni lah aku dengan ilaa. Actually masa ni aku dah ada crush aku sendiri. Nama dia ****** ******. Tapi masa ni aku dengan crush aku tu baru dalam proses mengenal hati budi masing-masing. Pada satu hari ni, si Nazihah Nasir si budak handsome tu IM aku kat facebook then dia bagi link profile facebook someone ni. Then aku pun try lah bukak link tu. Bila dah bukak je profile tu rupa-rupanya facebook si ilaa ni. Aku pun try lah usha seketul-seketul gambar si ilaa ni. Usha punyalah usha aku pun cakap dalam hati "boleh tahan jugak minah ketot ni". Rupa-rupanya aku dengan dia memang dah lama friend. Tapi tak pernah tegur mungkin. Mungkin dia sombong aku aku yang terlalu sibuk melayan gadis-gadisku. Hahaha. Gurau je. Si Nazihah ni pun apa lagi, paksa aku suruh ayat dia. Aku dengan rasa berdebar aku pun try lah IM dia. Aku tak tahu kenapa perasaan aku lain sangat bila nak IM dia. Biasanya aku IM perempuan lain relax je macam takde pape. Dengan dia je rasa sesuatu yang sangat "weird". Aku pun mulakan conversation "hi ilaa". Tak sempat aku nak tarik nafas dia dah reply balik, "hi asyeeq". Nasib baik tak sesak nafas. Aku pun chat dengan dia dengan rasa yang sangat "awkward". Masa tengah chat dengan dia dalam hati aku cakap "ingat sombong minah ni, rupanya senang je nak ayat". Haha. Then kitaorang pun chat lah sampailah si ilaa ni tak reply sebab dah off. Okay, 25.2.2012 keesokan harinya, aku online facebook dan aku ternampak si ilaa ni online. Aku pun tegurlah dia, "hi ilaa" dan dia pun reply dan seterusnya...... Then macam biasa dia main offline macam tu je. Aku pun rasa benganglah. Masa aku nak offlien facebook, aku pun try lah mencuba nasib. Aku dropped number phone aku kat inbox ilaa dengan harapan yang setinggi kanak-kanak 5 tahun yang berada di puncak Gunung Everest. Eh? Tinggi lah tu kan? Cakap jelah ya korang ni pun. Tak lawak eh? Hmm memanglah tak lawak sebab ni lawak Amir "I'm sorry" bukan lawak Jep Sepah. Lol -..- Esok harinya, 26.2.2012 malam tu tiba-tiba phone aku menjerit menandakan mesej masuk. Guess what? Yang text aku tu lah Ilaa Nabila. OMGGGGGGGGGG aku happy gila dia text wish goodnight. Alolo terharu dan tergaru garu rasanya masa tu dan bukan masa three -..- Esoknya, 2.3.2012 kitaorang dah mula texting selalu. Tengahhari masa lepas tunaikan solat Jumaat aku terus online facebook. Then si Nazihah ni ajak aku skype group dengan ilaa sekali. Aku dengan pakai selekeh pun buatlah muka paling "comel" masa tengah skype tu. Hahaha (korang cepat buat macam ni --> tangan letak kat bahu, mata tengok atas pastu keluarkan lidah sikit) haha. Masa tengah syok-syok skype tiba-tiba laptop gua masuk air sabun pulak. Bulldog!! Aku pun tension je masa tu sebab skype tak sampai berapa minit pun. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm :'( Lepas je tension sebab laptop masuk air sabun aku sempat bagitahu kat ilaa yang malam ni aku pergi KL sebab nak lepak dengan member-member aku kat KL. Malam tu aku sampai KL. 3.3.2012, Sabtu. Macam biasalah aku jadi budak pavi kejap -..- Si ilaa ajak aku tengok movie cerita "The Devil Inside" tapi tak jadi sebab dia ada hal dengan mak dia. Melepas aku. Baru ingat nak bajet-bajet aku ada awek baru depan member-member aku. Hahaha. Tapi takpelah. Belum ada jodoh lagi nak berjumpa barangkali dan bukan barang terpakai. Haha.

Masa ni belum pernah jumpa. So berangan jelah nak ada gambar together-gether :p
Pada tarikh aku tak ingat bila, aku telah pun couple dengan crush aku tu sebab aku dah janji dengan dia terlebih dahulu. Then, ilaa dapat tahu yang aku ni da berpunya. Dia agak patah hati dan kecewa masa tu. Tapi dia kuat tahan kesedihan dia dengan berlakon seakan-akan takde apa-apa yang berlaku dan dia redha bila dapat tahu berita ni. Aku pun rasa serba salah seperti orang yang mengambil dadah rasa bersalah aku. Tapi aku tak ambik dadah pun. Sumpah!! HAHA, gelabah nenen pulak aku ni --'' Aku ingat dia akan maki-maki or whatelse, rupa-rupanya dia support aku and gf aku supaya terus kekal and bahagia. Aku rasa diri aku tak guna langsung masa tu sebab aku sayang gf aku and dalam masa yang sama aku sayangkan ilaa jugak. Bukan senang nak buat pilihan. Aku memang dalam delima sangat. Sebab before aku couple dengan gf aku ni aku dah single selama 7 bulan. Lama tak? Tak lama lantak korang lah. *joke* Then aku pun go on je dengan gf aku and aku nak tengok sejauh mana ikhlas dan setianya gf aku ni. And for your information, before ni memang aku mengaku aku ni player tapi aku dah berazam mulai sekarang aku nak jadi setia dan tanak mainkan perasaan perempuan lagi. 1.4.2012 tarikh aku break dengan gf aku tu. Tak sampai sebulan kot aku couple dengan gf aku ni, kitaorang break. Sebabnya gf aku ni cuba nak mainkan perasaan aku and dia tak ikhlas couple dengan aku. And guess what? Ilaa still support aku supaya aku jangan break dengan gf aku tu. Aku ingat ilaa akan jadi batu api suruh aku break. Tapi sebaliknya. Aku tetap dengan keputusan aku tanak go on dengan gf aku tu and gf aku pun tak tunjukkan respon untuk get back. Then lepas break tu, ex gf aku tu cuba nak jealouskan aku dengan update status kat facebook and twitter pasal lelaki baru dia. And ternyata memang dia curang dengan aku before ni tanpa pengetahuan aku. Aku punyalah sakit hati gila oinkkk oinkkk masa tu!! Aku pun apa lagi. Aku terus update status kat facebook siap mentioned nama ilaa lagi and kitaorang tweet sweet-sweet kat timeline kasi ex gf aku tu panas!! Hahaha. Ilaa pun masa tu dah berani nak tunjuk kat orang yang dia ada hati kat aku. Hehe :p K la malas nak cerita pasal dia lebih-lebih. Mencik-mencik!! haha *gedik >,<

Kami cacat. Kami juling,. 1,2,3,4 iloveyou.
6.4.2012: Lepas tunaikan solat Jumaat, aku lepak kejap rumah member aku kat belakang rumah ni. Punyalah tepu duduk rumah member aku ni sekor-sekor sebab semua keluar masa tu. Keluar tak ajak aku. Mencik!! Korang ingat korang dapat masuk rumah kejap lagi? Hahaha berlagak macam ni rumah aku je kan. lol. Kitaorang pun text and manja-manja gedik-gedik bagai. Then kitaorang pon otp. Then masa otp tu aku cuba beranikan diri untuk menyatakan hasrat dihati ini. Nak tahu tak apa hasrat dihati aku masa tu? Kalau nak tahu meh lah masuk dalam hati aku. Tapi dengan satu syaratlah. Syaratnya kena sepak dan terajang dengan ilaa lah jawabnya sebab ilaa dan family aku je ada kat dalam hati aku. Haha. Then, tepat pukul 5.24pm, aku melamar ilaa untuk dijadikan gf dengan rasa confident dan "awkward". You know what, ilaa accept aku dengan sekali lafaz je. Eh? Dah macam orang nikah pulak dah --'' Mulai haritu kitaorang dah jadi couple. Then buatlah relationship kat facebook dan twitter bagai bagai bagai bagai.

Inilah baju masa kitaorang "tunang". Lol xD
6.5.2012: 1st Monthsary aku dengan ilaa. Tapi kitaorang tak dapat celebrate sama sebab masatu aku tengah final exam. So kitaorang celebrate kat phone jelah texting and otp. Ilaa buatkan aku gambar special untuk aku as our 1th Monthsary.

Nilah gambar dan special gift from her.


9.5.2012: Final exam aku pun dah habis. Then 11.5.2012 petang tu aku terus gerak KL dengan menaiki gajah yang diberi nama Nik Xiao. Hehe. Gurau je. Aku gerak KL dengan Nik Xiao je berdua naik bas. Bas berat sebelah sebab aku berat sangat. Eh salah Nik yang berat :p Nik gerak KL sebab dia nak jumpa kawan dia iaitu Barbara Qysha iaitu merupakan janda aku jugak --'' Ok tutup pasal janda aku tu. Sampai je perhentian bas Pudu, aku dengan Nik naik LRT pergi BB. Tunggu ilaa and her cousin pick up aku. Nik biar dia sekor-sekor kat BB. Haha. Then ilaa  text aku suruh tunggu dekat Maybank BB. Aku pun tunggulah sambil berehat sebentar bersama Winston Merah. Perghhhhh!! Feeling bhaii. Tiba-tiba...... Takde pape pun yang berlaku. Haha. Aku pun tunggu punyalah tunggu sambil pasang earphone kat telinga dan dengar lagu sekor-sekor. 5 minit kemudian, ilaa text aku dia kata dia dah nak sampai. Jantung aku masa tu dupdapdupdap gila kot. Yelah, first time kot nak jumpa awek!! Hahaha. Then aku ternampak kereta yang dipandu oleh Emy, cousinnya ilaa. Aku pun dengan lagaknya seperti Hero Hindustambi pergi ke arah mereka yang ada dalam kereta. You know what, bila pertama kali aku tengok wajah ilaa secara live depam-depan aku rasa macam aku ni tengah bermimpi je. Tak sangka angan-angan kitaorang nak berjumpa akhirnya termakbul juga. Dalam kereta kitaorang tak berbual sangat sebab aku malu ada cousin dia. Aku berbual dengan ilaa melalui twitter je. Padahal sebelah-sebelah je pon, Pftt --'' Dalam perjalanan gi Genting aku tertidur dalam kereta. Sampai je Genting kitaorang berehat then pommmm tidur.

12.5.2012: Harini 1st date kitaorang kat Genting. (Yang ni aku dah cerita dah kat entry aku yang lama. Kalau yang belum baca tu boleh lah usha entry yang lama k).

1) Terasa dunia ni aku yang bila gf aku ada kat sebelah. 2) iloveyou.
Nampak tak masing-masing malu-malu lagi. Haha
Melayan cousin ilaa ni haa. Layan-layan.
Masa ni ilaa muntah sebab main pusig-pusing cawan ni. Padan muka :p
Alololo. Comel je masa ni dua-dua tengah tahan sejuk. Hehe
6.6.2012: Harini 2nd Monthsary kitaorang tapi tak sambut sebab masa ni aku kat jb.

ILOVEYOUFOUR <3
11.6.2012: Hari ni birthday ilaa yang ke-19. Dah tua rupanya budak kecik ni. Hehe. Masa ni kitaorang celebrate birthday and 2nd Monthsary untuk haritu sekali. Perut pun dah krookkk krokkkk, kitaorang "breakfast" kat Old Town and celebrate kat TS je dengan Capixx and Seri (dah jadi ex sekarang) :p. Sambil tunggu makanan sampai, kitaorang snap-snap gambar. Ilaa tengah syok main twitter kat phone, aku pun buat surprise. Aku bagi kad ucapan birthday kat ilaa. Ilaa diam je. Maybe tak jadi kot surprise aku. Haha. Ilaa pun bukak sampul surat tu dia baca then buat muka sedih+terharu. Alololo. Hehe. Lepas makan je aku dengan ilaa tengok Piranha 3DD. Lepas habis movie kitaorang gi kedai cincin. Kat cincin ilaa tulis nama "Acit" kat cincin aku tulis nama "Ilaa". Masa aku pakai tu ilaa pesan jangan tanggalkan cincin ni. Aku cakap "kalau nk berak macam mana?" ilaa cakap "pakai cincin tangan kanan kan -,-" Gurau je woi. Aku takkan tanggalkan cincin ni lah. Lepas tu jalan-jalan sambil pimpin tangan. Perut pun dah lapar. Aku dengan ilaa letak barang-barang masuk dalam kereta kejap. Masa kat kereta tu aku pun surprisekan ilaa. Aku bagi teddy bear. Ilaa terjkejut sebab dia ingat tu teddy bear si Seri tu. Ilaa terus peluk teddy bear tu. Ilaa cakap thanks sayang sambil peluk aku. Iloveyousayang. Ehem "Iloveyoumoresayang". Lepas bagi teddy bear aku bagi kad ucapan for our 2nd Monthsary  pulak kat ila. Aku suruh ila bukak. Tapi dia kata "nanti lah i bukak kat rumah nanti, baru surprise katanya". Pftt. Then petang sikit tu aku balik jb sebab esok ada class.

Tayang cincin baru ke bro dan sister? LOL xD
Sudikah awak menjadi kekasih saya? Ilaa: I do sayang. hehe  :D
Ni lah cincin kitaorang. Tak cantik pon. Tapi adalah jugak kan :D
13.6.2012: Harini hari yang paling teruk dan paling sakit hati sekali. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni. Aku nangis tak henti-henti bila dapat tahu perkara ni. Kalaulah aku tahu dari awal, aku mintak je dari mula-mula kita kenal. Tapi maybe masa tu Allah tanak tunjuk lagi kebenarannya. Aku nangis tak henti-henti sampai aku demam. Sejak tu aku tak pergi class banyak kali. Orang yang banyak tolong aku masa tu adalah Hasrullah a.k.a Botak Comel. Dia yang tolong chill kan aku and buat aku happy. Dia banyak tolong aku. Aku marah gila and kecewa gila dengan ilaa. Aku tak tegur dengan dia selama lebih kurang seminggu. Ilaa mintak maaf gila-gila kat aku dan janji tak buat lagi. And aku pun maafkan dia dan aku akan lebih berhati-hati lagi. Korang nak tahu kenapa kitaorang gaduh teruk masatu? Kalau nak tahu silalah bersila dan bertapa lah di sungai dan korang akan dapat jawapannya mungkin. Jangan percaya, Ini syirik!! Eh? Hahaha :D
Ni la Botak Comel. Dia la satu-satunya kawan yang faham aku even aku tak faham dia. Haha
6.7.2012: Harini cukup 3 bulan kitaorang couple.  Tapi kitaorang tak sambut sebab masa ni aku kat jb. Busy dengan class. Hmmm.

29.7.2012: Malam semalam tu ilaa ada text aku last minute dia ajak aku datang KL sebab nak ajak berbuka puasa sama-sama. Aku actually busy sangat masa tu and ada class. Tapi aku kesian punya pasal aku datang jugak and aku tanak kecewakan dia. Petang tu aku sampai TBS and ilaa dengan kawan dia, Wawa amek aku kat TBS. Then kitaorang terus gerak Sunway Pyramid sebab nak berbuka. Then sampai je Sunway ilaa jumpa BFF dia bagai. Then diorang kata semua tempat makan full. Kitaorang pun decide berbuka kat Shah Alam je. Sampai je Shah Alam kitaorang cari port nak berbuka. Then terjumpa seketul restoran ni. Kitaorang pon orderlah juadah masing-masing. Azan pun dah berkumandang tapi makanan tak sampai lagi. Aku buka dengan Dunhill yang tinggal sebatang je masa tu :'( 5 minit kemudian, makanan pun sampai. Kitaorang pon makan lah. Aku dengan ilaa gembira sangat masa tu sebab dapat berbuka sama-sama buat pertama kalinya. Lepas je makan kitaorang balik.

Selamat Berpuasa :D
6.8.2012: Harini our 4th Monthsary. Kitaorang sambut biasa-biasa je. Sambut kat TS. Then tengok movie cerita Mae Nak. Tak seram langsung. Then lepas tengok movie makan McD. Snap picture sama-sama. Masa ni Syikin and Nik Nazeef pun ada sekali join kitaorang. Then lepas makan semua kitaorang balik.

Hodoh :(
Hensem sikit dari yang atas ni. Lol xP
6.9.2012: Harini 5th Monthsary kitaorang. Pagi tu aku still tidur lagi. Masa tu Wan Freak ni tidur rumah aku. Aku dengan ilaa da deal nak celebrate bagai semua. Then pagi tu ilaa call tanya dah bangun belum. Aku pun cakap lah baru je bangun ni. Then dia pon kata dia baru bangun. Lima minit kemudian ilaa call lagi. Then dia suruh bukak pintu. Aku pun pelik la asal pulak. Ilaa pun kata ada postman datang. Aku pun pelik la buat apa postman nak datang rumah aku pagi-pagi ni. Mana entah si postman ni dapat alamat aku. Aku pun bukak lah pintu. Then tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara yang tak berapa nak sedap. Rupa-rupanya si ilaa rupanya. Aku pun peliklah sejak bila pulak si ilaa ni jadi postman. Then ilaa pon jerit "suprise!!!" Aku pon "ohh nak buat surprise rupanya" Haha loading kejap. Aku pon mandilah siap-siap. Then dia bagi aku satu paper bag yang berwarna maroon kilat-kilat. Haha. Ilaa suruh aku bukak, Then aku pon bukak. OMG, sayang bagi presentlah. Tak sangka. Biasa aku je yang bagi dia teddy bear bila Monthsary, Hehe:p sayang pun dah pandai nak sweet-sweet eh? Haha. Kitaorang pun celebrate berdua. Thenn..... bersambung.. xD

5TH MONTHSARY
5TH MONTSARY
Untunglah sayang dapat teddy bear besar. Grr
Nah kau hadiah 5th Monthsary.
6.10.2012: Harini genap kitaorang 6 bulan couple. Masani kitaorang pakat pakai baju sama-sama. Ilaa bagi aku pakai contact lens. Fuyooo grey mata aku. Kitaorang celebrate gi Pavi then tengok movie je. Lepas tengok movie makan then terus balik sebab ilaa ada hal family that time. So tanak kacau la. Then lepas ilaa balik je aku pun lepaklah dengan geng geng aku budak jb.

Happy 6th Monthsary sayang. Iloveyouuu <3

DAH 3 JAM AKU DUDUK MENGHADAP PC NI. PENAT AKU NAK TYPE. ESOK DAH BUSY. 


Last picture. Byebye semua :*
Penat nak sambung. Nanti-nanti kalau aku rajin aku update lah lagi ya. Byebye korang.

Semua yang tercatat di atas adalah milik Khairul Asyeeq Jamary .

Copyright@Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Hidup Asyeeq Jamary